Powered by Blogger.
RSS

Tiga lelaki bakhil

Tiga orang sahabat yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.

Lelaki pertama berkata"Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara.Wang yang jatuh di dalam bulatan tu milik aku,manakala wang yang jatuh di luar garisan bulatan tersebut milik orang miskin."

Lelaki kedua pula berkata "Aku pula akan melukis satu garisan memanjang di atas tanah.Aku akan lemparkan wang ke langit.Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku,wang yang jatuh di sebelah kiri garisan akan aku dermakan."

Lelaki ketiga diam sejenak.Mencari alasan yang lebih hebat.Dialah lelaki yang paling kedekut.Katanya"Aku pula,aku takkan melukis bulatan atau garisan di atas tanah.Aku akan lemparkan sahaja duit ke langit.Duit yang jatuh ke atas tanah adalah milikku.Duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin."

.:.Sikap pemurah bukan ditentukan sama ada kita ada harta atau tidak.Namun ia adalah soal hati.Jika kita pemurah kita akan punya banyak cara dan daya untuk memberi.

Sumber:Majalah Solusi #14
"Nak seribu daya.tak nak seribu dalih"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

buntat said...

entah kenape,bile baca entry awk yg ni rai,sy rase nak tegelak.
ni,awk yg reka or dr org laen?sj nk tau.kreatif,haha.
anyway,dalam ketiga2 lelaki bakhil tu,sy rs yg paling baik,no 2.
tetibe kagum dgn the 3rd guy.bukan apa,sy rs,diela yg paling jujur,n xda selindung2 lagi dah..what?"duit yg x jatuh tu milik mereka"? ahaha.."baik xyah derma langsung!!"
kedengaran suara peminta sedekah yang kecewa sambil beredar pergi dari situ..
gud one,rai.panass je mata org yg seangkatan ngan laki 3 org tu baca entry ni..*mata berasap..*

Nur Raihanah said...

hahahaha....ni rai amek dr mjalah solusi...yg rai ltak sumber kt bwh gambo tu...mse mle2 bce pn mmg tu laa ayt yg kua dr kplae rai...baik takyah drma...die nk tunjuk alasn jgk la tu taknak derma so xd la nmpak sgt kedekut...tp mmg obvious pn..

Post a Comment

cot-cet