Powered by Blogger.
RSS

Rambut sama hitam,hati lain-lain

Salam 'alaik

"Orang dulu-dulu lagi awal makan garam.Kalau ada petua ke nasihat ikut jela."

Ayat yang mungkin selalu didengar daripada nenek atau atuk atau mungkin daripada drama televisyen.Saya tak nafikan bahawa mereka yang jauh lebih tua daripada kita yang sememangnya telah rasa asam garam kehidupan lebih daripada kita.Bukan memaksudkan asam jawa atau garam untuk masakan tau..(memang layak kena ketuk kalau fikir macam tu)...( =_="),Tapi masih ada petua mereka yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam supaya kita faham apa tujuan petua itu diamalkan.

Daripada pengalaman yang mereka lalui maka wujudlah pelbagai peribahasa termasuklah yang di atas(walaupun ramai manusia sekarang yang sudah menukarkan rambut hitamnya kepada warna-warna pelangi yang lain...haish).YA...manusia punya pelbagai ragam,gaya,perangai dan fesyen(saja menambah-nambah...;p).

Dunia ini tidak hanya diduduki oleh manusia-manusia yang hatinya sentiasa bersih dan tulus.Sesetengah manusia memiliki hati yang penuh dengan dendam,hasad dan yang sekutu dengannya.Sanggup buat apa saja asalkan hajat mereka tercapai walaupun dengan cara yang salah di sisi syarak.

Adakalanya kita merasakan ini semua hanya berlaku di layar perak sahaja.Tapi rupa-rupanya di layar dunia pun ada.Mungkin sekarang kita tak nampak tapi akan datang siapa yang tahu?Nauzubillah.Walau apapun,kita mesti yakin bahawa semuanya terletak di bawah penguasaan Allah.Andai diizinkan berlaku,pasti ada hikmahnya.Apa?Menjadikan diri kita sentiasa ingat kepadaNya dan menjadikan kita lebih matang dalam menjalani hidup ini.

Yang penting setiap yang ingin kita lakukan mestilah kerana menegakkan jalan Allah dan bukan atas dasar nafsu yang mungkin dipengaruhi syaitan.Mari kita berusaha untuk tidak menjadi fitnah kepada agama tetapi menjadi seseorang yang menegakkan agama walaupun mungkin perjalanannya berliku-liku.

"Setiap perbuatan itu bermula dengan niat"

Setiap apa yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan.Tidak kira yang baik mahupun buruk.Kalau bukan di dunia,pasti di akhirat kelak.

What comes around goes around

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet