Powered by Blogger.
RSS

Kalau dah tau,memang la senang

Orang selalu kata,"senang je nak buat tu".(ni berkaitan dengan apa-apa resepi la....hehehe).Dan dengan selambanya saya akan jawab,"Kalau dah tau buat memang la senang.Cuba orang yang tak tau"(ni tuju kat diri sendiri la ni...hohohoho)


Jadi,setelah sekian lama orang menyebut akan kesenangannya,saya pun dengan semangatnya minta akak ajar buat KEK BATIK.Senang pun senangla,yang penting saya tau macam mana nak buat...(^_^)

Bahan-bahan:

300g biskut Marie(yang original ye...bukan yang perisa lain)
200g butter(saya suka buttercup...:D)
200g Milo
3/4 tin susu pekat yang saiz besar(maaf sebab tak ingat timbangannya)

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam periuk.Kemudian masukkan susu pekat dan kacau.
2.Bila dah nak gelegak(tapi jangan sampai gelegak ye),masukkan milo sedikit demi sedikit dan kacau.Pastikan Milo tak berketul-ketul dalam periuk.
3.Bila dah cukup likat dan gelegak,tutup api.
4.Masukkan biskut Marie yang dah siap dipatah empat dalam periuk.Kacau sampai sebati dan masukkan dalam adunan(jangan kacau lama sangat sebab takut biskut jadi lembik).
5.Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dimakan bila dah keras.Siap!!!!


.:.Silap saya masa mula-mula buat,tak masukkan semua biskut.Maka keknya tak tinggi mana.hehehe...tapi rasa masih sama...:D
gambar dari google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

hanaani said...

rai satu2 nye kek sy reti buat n penah buat hehehe

Nur Raihanah said...

satu2nya stakat ni...nanti tmbah ag...heheheh...kalo ad mse nnti,try la kek pisang...senang jgak...kalo awk ske mkn la..;D

Post a Comment

cot-cet