Salam a'laik
Sudah 2 minggu saya bercuti dan ini bermakna 2 minggu juga saya tinggal di kampung menjadi peneman setia nenek saya..:D..Memandangkan peluang ini saya jarang dapat,maka saya pun mengambil kesempatan untuk minta nenek saya buatkan kuih yang dah lama sangat saya teringin..dulu pernah juga minta buatkan tapi disebabkan tak tahu nama,kuih lain yang terhasil sebab saya punya description lacking..tapi kali ini betul-betul dapat...baru saya tahu namanya kuih cucur(kali ni berjaya sebab improve description..;p)
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung beras
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar gula tebu(sekadar memberi warna)
sedikit tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya
Cara-cara:
1.Campurkan tepung beras,tepung gandum,gula dan gula tebu.Gaul dan pastikan gula tebu tak berketul.
2.Masukkan air secukupnya dan kacau(sampai jadi macam yogurt drink).Tambah sedikit garam untuk menambah sedap(Nenek saya kata kalau tinggalkan adunan ni semalaman sebelum goreng pagi esoknya lagi lembut kuihnya)
3.Panaskan minyak(cukup untuk deep fry dan kena betul-betul panas..)
4.Masukkan sesenduk adunan(adunan lebih kurang saiz tapak tangan bila masukkan dalam kuali) dan goreng sampai perang.Siap!!!
Permintaan cucu
From Eastern to Western

Kalau dah tau,memang la senang
Orang selalu kata,"senang je nak buat tu".(ni berkaitan dengan apa-apa resepi la....hehehe).Dan dengan selambanya saya akan jawab,"Kalau dah tau buat memang la senang.Cuba orang yang tak tau"(ni tuju kat diri sendiri la ni...hohohoho)

Kreatifnya orang dulu-dulu
Orang dulu-dulu memang sangat kreatif.Kenapa saya cakap macam ni?Dulu bukannya ada lagi peti ais macam sekarang.Boleh simpan makanan untuk tempoh yang agak lama.Jadi penyelesaiannya,mereka tukarkan makanan yang tak tahan lama kepada satu bentuk makanan yang lain.Contohnya,durian kepada tempoyak,udang kepada cencalok atau belacan,ikan kepada keropok,pisang kepada kek pisang.Semua ni akhirnya diturunkan dari generasi ke generasi sampai sekarang.(kalau tak,tak merasa lah kita semua tu)
Sekarang,jom kita berkongsi satu resepi yang mungkin telah wujud lama dulu,cuma kaedahnya dimodenkan sedikit.Resepi apa?Sila rujuk yang telah di'bold'kan di atas...:D
Bahan-bahan A:
9 biji pisang monyet(pisang jenis lain pun boleh,kuantiti ikut saiz pisang)
5 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 penutup esen vanilla
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1.'Blend'kan semua bahan A dalam blender sampai semua lumat(sepatutnya kene lenyek pisang tu tapi ni lagi senang.Kalau nak buat secara manual pun boleh).
2.Masukkan bahan-bahan yang selamat di'blend' dalam mangkuk adunan.Masukkan esen vanilla dan soda bikarbonat.Kacau.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
4.Tuangkan adunan dalam tray pembakar.
5.Bakar dalam ketuhar untuk 45 minit(kalau tak masak lagi,tambah lagi 15 minit) pada 180 degree.(sebelum bakar panaskan ketuhar dulu sekejap)
6.Bila dah masak,keluarkan dari ketuhar dan boleh MAKAN!!!
Selamat mencuba...:D

Gambar dari google
Senang sampai.........
Sememangnya sangat senang sampaikan saya ternganga seketika mendengarnya....ecceehh(apa la yang budak ni nak cakap agaknya..hehehe)..o_O..Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi satu resepi pencuci mulut yang sangat senang...tu je..namanya puding sagu..Biasanya makan sejuk-sejuk...sangat senang sampai buat saya nak makan banyak kali..Cubalah..:D Diambil dari google
Bahan puding:
1 cawan sagu
4 cawan air
sedikt pewarna makanan(terpulang tapi saya suka merah)
Untuk kuah:
Susu cair Carnation(atau jenama lain yang anda suka)
Air gula melaka(sila rujuk resepi yang sebelum ni)
Cara-cara membuat puding:
1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan pewarna makanan.
2. Masukkan sagu dan biar sampai kembang(jangan lupa kacau) dan likat.
Tips: Sagu dah kembang bila semua dah jadi jernih dan takde putih-putih.
3. Masukkan dalam adunan dan masukkan dalam peti sejuk sampai sejuk.
Cara hidangan:
1.Masukkan beberapa sudu puding dalam mangkuk ikut selera masing-masing.
2.Masukkan beberapa sudu air gula ikut cita rasa.
3.Masukkan sedikit susu cair juga ikut cita rasa.
Dah siap!!!senang tak?Selamat mencuba...:D
Makan!!!
Akhirnya,saya berjaya juga membuat bubur sumsum..pernah dengar atau makan?(bukan sumsum yg kat dalam tulang tu tau!)nanti saya tunjuk macam mana rupanya..(manalah tau kalau tau rupa tapi tak tau nama...hehehehe)
Jadi,saya nak kongsi resepi yang saya belajar dari akak saya..kalau nak cuba silalah..hehehhe
Bahan-bahan untuk sum-sum:
3 cawan air(cawan tau..bukan mug atau gelas)
1 kotak santan(about 200 ml...senang..tak perlu nak perah..;p)
secubit garam(sekadar menambahkan rasa lemaknya)
1 cawan tepung beras
Bahan-bahan untuk air gula:
2 cawan air
gula melaka secukupnya(pandai-pandailah rasa manis ke tak)
Cara-cara membuat sum-sum:
1. Campurkan air dan santan dalam periuk lepas tu masak atas dapur.Api sederhana je.
2. Bila campuran santan dan air dah agak suam(jangan sampai gelegak dan kacau selalu supaya santan tak pecah), Masuk dan larutkan tepung beras sedikit demi sedikit supaya tak berketul-ketul.Kacau selalu sampai dasar periuk(kalau tak nanti berkerak) sampai jadi likat(macam yogurt kot likatnya...lebih kurang la.)
3. Bila dah siap,masukkan adunan dalam acuan(terpulanglah nak guna tupperware atau apa-apa yang patut)
4. Sejukkan dan masukkan dalam peti ais(bukan bahagian sejuk beku tau) sebelum makan dengan air gula.
Air gula:
1. Masak air sampai gelegak lepas itu masukkan gula melaka.
2. Larutkan gula melaka dan siap!!!!(kalau saya,saya sejukkan dulu baru makan..;D) (Gambar dari Google)
Saya suka bubur ni jadi saya akan kata bubur ni sedap..Saya tak tau bagi anda bagaimana..Makan dulu baru tau ye..:D
p/s:kalau guna tupperware boleh potong bentuk cube..
*gelegak=mendidih