Powered by Blogger.
RSS

Sterile 1

Salam 'alaik...

Hari ni kami baru sahaja menamatkan satu lagi kuiz Mikrobiologi yang merupakan antara maraton kuiz yang berjalan selama 3 hari berturut sejak Isnin(dan sambungannya masih menanti..o_O). Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, semua itu benar-benar menguji kekuatan mental, fizikal kami, terutamanya kuiz tadi yang menimbulkan sedikit kekecohan apabila keluar dari bilik peperiksaan(belum final pun dah masuk tau!!!jangan main-main...)

Walau apapun, bagi saya ianya sedikit terubat apabila pertama kalinya kami dibawa ke hospital atas tujuan lawatan.Bukan melawat orang sakit tapi...JENG2......Dan disebabkan lawatan ini juga, saya telah melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh rakan sebilik saya selama 21 tahun dia hidup di muka bumi ini...

nota tumit 1: insyaAllah saya akan buat sambungan sebab ada lagi yang belum pergi...nak bagi surprise sikit pada yang lain.

nota tumit 2: Tahniah kepada semua calon SPM 2010..Walau apapun keputusan yang anda dapat, itu adalah sebaik-sebaik ketentuan dariNya setelah apa yang diusahakan selama ni...

nota tumit 3: kami bakal menghadapi peperiksaan akhir.dan mungkin juga anda dan orang sekeliling yang lain.Mari kita sama-sama berdoa untuk kita semua semoga dicekalkan hati dalam menghadapinya dan dipermudahkan segala urusan.^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS