Powered by Blogger.
RSS

Kehidupan,Life

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


Mesti ramai yg familiar dgn lirik ni kan?Kehidupan,nyanyian Inteam dan Ust. Nazrey Johari...Liriknya mudah, straight forward tetapi cukup lengkap utk memberi gambaran kehidupan yg sebenar.



Kehidupan..hmm...apa yg korang terfikir bila dgr perkataan tu?

Bagi saya...dalam hampir 19 tahun sy idup kat dunia ni..i feel like there were a lot of things that i've been through,yet there are still more that i haven't experienced. I feel like there were many things that i've learnt, yet there are still stuffs that i am not familiar with or unknown of..

Maybe that is why there's a saying "life is a whole process of learning"(did i get it right?eheh..).Because each and every day,you should be able to learn something new right?which is soooo not what i'm doing nowadays..-_-



*sigh*I wish i can come up with better things to do at home while i still have a remaining about a month of my holiday..If you guys are going to suggest me to learn cooking or baking,tak payah la..macam buang karen pon ade..coz i have this HUGE rock stopping me from doing those..its name is LAZINESS..yeah..*sigh again*(can someone remove that freaking laziness from me?pretty please...)



Okay..back to the topic..eheh..melencong jap..
Like i said before,it's been almost 19 years since i was born to this world..lame jugak tu kan?da dekat 2 dekad la maknenye.Pejam celik,pejam celik..tau2 da nak masuk 20 da nanti.But..i have this feeling..the feeling that i actually haven't accomplished much in my life.I mean,the extraordinary things..though i myself do not know what are the 'extraordinary things' that i want to achieve. .Maybe i was meant to be one of those people who'll lead their lives as normal as it can be,nothing fantastic..or maybe the time for those fantastic stuffs to happen to me hasn't arrived yet..or maybe,there are great things that had had happened in my life,it's just i happened not to noticed them....

Apa2 pon,sy akan sentiasa mengingatkn diri sy utk pandang ke depan,berpegang pada hadis (betul kan?) "Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari."I know it's hard,but it's not impossible,right?I hope i can do my best to make everyday is worth the lifetime..work hard to achieve my dreams..yes..i have dreams.cool,isn't it?(tolongla ainaaaaa) One,is to be able to travel around the world (i know it's lame,but it's really my dream ok..). Saya suke nak tgk scenery kat negara org,yg for sure tak ade kat negara kte.For example,Paris and Prague (Europe la senang cite) with their ancient buildings..New Zealand with its natural scenery..perghhh..Skrang ni bole berangan je la.Tapi Insya Allah,panjang umur,murah rezeki..i'll definitely go to those places!Aja!Two,is to own a coffee shop,ala..yg cam dlm Coffee Prince tu la..hehe.I want the shop tu have a cozy atmosphere,and maybe has a mini library in it..and yummy cakes and pastries!(bab berangan2 ni mmg no.1 :D) Well..life is all about dreams and hopes right?:P

Orait..da penat membebel da ni..so,the conclusion is,whatever interpretation of life you might have..remember that we are servants of Allah,all the things we have in this life are from Him.. please appreciate what we have before it's too late and..remember..life does not end in dunya, because we also have akhirat..


p/s part 1:finally..i'm posting..yay!(sarcasm intended)..takde idea before this...nak wat camne..
p/s part 2:maaf sgt2 kalo ade yg pening bace post ni.yela..sat english,sat b.melayu.cam incoherent pon ade gak..ehehe..
p/s part 3:i'm partly inspired to write this after i learnt about Kyuhyun's accident..glad that he survived^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaruf au munkar


Pernah tengok video ni?mungkin ramai yang pernah terutamanya di youtube.Dan ramai juga yang mungkin memahami apa isi kandungannya.AURAT.Namun,dari segi praktisnya?Anda sendiri boleh menjawab saoalan ini berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling.

Kalau ditanya bahagian mana yang menjadi aurat bagi lelaki dan perempuan,saya pasti ramai yang boleh menjawab dengan laju bagai air terjun yang mengalir(eceeehh..)....Mungkin masih ada segelintir yang tidak mengetahui,jadi carilah ilmu sehingga kita tahu.Tapi bagaimana pula bagi yang sengaja buat-buat tak tahu?(kejam bunyinya tapi golongan ini lagi kejam rasanya...uhuhu)

Sesungguhnya syaitan tidak mampu memaksa kita untuk melakukan kejahatan kerana mereka hanya boleh menghasut.Keputusan terletak di tangan manusia yang telah dikurniakan akal untuk menilai yang baik mahupun yang buruk.Allah telah menurunkan Al-Quran dan Rasulullah telah meninggalkan hadis sebagai panduan,maka buatlah pilihan dengan baik sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.Kerana semua pilihan yang kita buat akan memberi kesan untuk jangka masa yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaat panjang.

.:.maaruf=kebaikan

.:.au(bahasa arab)=atau

.:.munkar=kejahatan@keburukan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.



.:.credit to my friend for tagging me in this note

Bunyi macam susah kan?tapi kita harus sedar bahawa untuk menjaga sesuatu yang indah dan amat berharga memerlukan pengorbanan yang tinggi.Ianya sememangnya sangat mahal sehingga tidak mampu dibeli dengan harta..

Sedangkan pasu kristal yang mahal tapi boleh dibeli dengan duit pun orang jaga bagai menatang minyak yang penuh,siap dibalut dengan bubble wrapper berlapis-lapis.Bagaimana pula penjagaan terhadap sesuatu yang berlipat kali ganda lagi mahal ini? Mesti perlu lebih up lagi iaitu MARUAH dan HARGA DIRI.

Semoga ini menjadi satu ingatan dan pedoman kepada diri ini dan orang lain jua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untukmu..jua untukku..

Barangsiapa yg mengakui 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yg lain maka dia adalah orang yg tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah SWT,tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi sia ingin mendapat sanjungan daripada manusia

3. orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya,tetapi tidak berani merendahkan dirinya.




Side note:
Hmm..rasa mcm da lame tak post ape2..tp mmg pon.hehe..mungkin sbb takde idea..mungkin jugak sbb terleka..insya Allah,i'll come up with something better for all of us next time^^...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jika...

Jika ada sesiapa yang meminta kasihmu,
katakanlah ianya hanya pada Allah.

Jika ada sesiapa yang meminta cintamu,
katakanlah ianya hanya pada Rasullulah.

Jika ada sesiapa yang meminta rindu dan sayangmu,
katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah.

Jika ada sesiapa yang meminta untuk berada di hatimu,
maka berikanlah kepada yang benar-benar menghargaimu.


.:.ini merupakan sms yang saya dapat daripada senior saya di cfs...dalam bacaan saya mungkin saya akan tambah sedikit(pandai-pandai je kan...heheheh) di bahagian yang terakhir

"maka berikanlah kepada yang benar-benar menghargai dan menyayangi diri dan maruahmu"

Walau apa pun,sms ini tetap memberi sesuatu makna kepada saya.Anda pula bagaimana?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOOKS FROM MY SHELF

In the previous post, Rai dah share satu resepi kan..so,sekarang giliran saya pulak utk kongsi something^_^



This is quite like a book review la..tp mcm bukan pun ade..hehe..sbb saya tak review detail sgt pon (and i rarely write book review...so..not really good yet at book-reviewing?eheh).mungkin saya akan lebih byk cerita ttg apa yg saya dpt dari buku2 tu..i mean the lessons learnt la..

First off..my one and only..Harry Pothead!i mean..Harry Potter series!!ngeeee


Let's see..i guess most people know what Harry Potter is all about..right?well..wizardry..magic..and stuffs..I was a big fan of Harry Potter back then (am I not now?hmm..).reading those books non-stop,even sometimes skipping meals,sleeping late..coz they're addictive..yup..tak percaya?baca la sendiri..hohoho...I learnt quite a lot from Harry Potter..friendship,a strong and undividible one..loyalty..bravery..and the importance of being wise..you can be intelligent,but not wise....it's harder to be wise~


Next up...A Series of Unfortunate Events...

No..i don't have a complete set of this series yet..5 more books still missing,which means i haven't bought them yet..hehe..actually,as you can see from the title,these books are mostly about depressing stories..it's about how the three Baudelaires have to move from one place to another to survive from the evil Count Olaf only to have mishaps following them round too..yea..it's depressing yet enjoyable at the same time...you can see how the three kids solve their own problems using their own abilities^^...kids power!!!yeaaaahhh....LOL..





Moving on to...Girls of Riyadh,Nodody's Princess and Ways To Live Forever...


Girls of Riyadh..this book is really interesting..I think i need to read this book again..after reading it..i feel GLAD and THANKFUL that i live in Malaysia..i can be a more free Muslim girl here compared to those Saudi girls in the book..free in a good way,ok..

Nobody's Princess..basically it's about a girl or more specifically a princess,who yearns for something different..for freedom..she's not the typical princess..she's a cool one..yeah..more like a tough gal la..hehe..and i do tend to like cool and tough girl better :D

Ways To Live Forever..i freaking LOVE this one!!so sad...so innocent..ape lagi...for a lack of better words,it's a tear-jerker gak la..but the real tear-jerker for me is The Kite Runner T_T..the boy,Sam has leukaemia and he wants to know about dying despite the fact that he IS dying...life is short,live it to the fullest and of course,in the right way...

Maafla ye..semua buku kat sini English je..kena tnggu Rai la ek utk BM punya...hehe..kalau Rai nak buat jugak la...

and yeah..this is just the first part..more is coming^^

to be continued....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan!!!

Akhirnya,saya berjaya juga membuat bubur sumsum..pernah dengar atau makan?(bukan sumsum yg kat dalam tulang tu tau!)nanti saya tunjuk macam mana rupanya..(manalah tau kalau tau rupa tapi tak tau nama...hehehehe)

Jadi,saya nak kongsi resepi yang saya belajar dari akak saya..kalau nak cuba silalah..hehehhe

Bahan-bahan untuk sum-sum:

3 cawan air(cawan tau..bukan mug atau gelas)
1 kotak santan(about 200 ml...senang..tak perlu nak perah..;p)
secubit garam(sekadar menambahkan rasa lemaknya)
1 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk air gula:

2 cawan air
gula melaka secukupnya(pandai-pandailah rasa manis ke tak)

Cara-cara membuat sum-sum:

1. Campurkan air dan santan dalam periuk lepas tu masak atas dapur.Api sederhana je.
2. Bila campuran santan dan air dah agak suam(jangan sampai gelegak dan kacau selalu supaya santan tak pecah), Masuk dan larutkan tepung beras sedikit demi sedikit supaya tak berketul-ketul.Kacau selalu sampai dasar periuk(kalau tak nanti berkerak) sampai jadi likat(macam yogurt kot likatnya...lebih kurang la.)
3. Bila dah siap,masukkan adunan dalam acuan(terpulanglah nak guna tupperware atau apa-apa yang patut)
4. Sejukkan dan masukkan dalam peti ais(bukan bahagian sejuk beku tau) sebelum makan dengan air gula.

Air gula:

1. Masak air sampai gelegak lepas itu masukkan gula melaka.
2. Larutkan gula melaka dan siap!!!!(kalau saya,saya sejukkan dulu baru makan..;D)

(Gambar dari Google)


Saya suka bubur ni jadi saya akan kata bubur ni sedap..Saya tak tau bagi anda bagaimana..Makan dulu baru tau ye..:D

p/s:kalau guna tupperware boleh potong bentuk cube..

*gelegak=mendidih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEWAS

"Orang yang tewas ialah orang yang berputus-asa."
(Ustaz Badlishah,TV9)


Sesungguhnya Allah memandang sekuat mana usaha kita untuk mencapai sesuatu dan bukan apa yang diperolehi pada akhirnya....tapi pastikan usaha dan matlamat itu bertepatan dengan syariat tau!!!(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

L.O.V.E

Love...

Do you know the real meaning of it?
We often hear sayings like "love is blind".."love is sacrificing for the one you love"..."love is anything but factual"..ok..i made that one up..hehe..

To tell you the truth,with the generosity and blessing of God,i've been able to feel and know about loves that come from parents..siblings..friends..teachers...from Him,the Almighty...but i'm yet to know and experience a love from a...man.. which is not my families,relatives,friends or teachers..i guess you already know what i mean..

I'm not telling you that i really want it now,nor that i'm in any way desperate for it..i'm just...curious..being at this age is what trigerring me,i guess..

We usually see on TV,in dramas particularly,about how a couple said that they loved each other to the extent that they're willing to do anything..everything..and all the crap..haha..
But..to be honest,i don't really believe in such thing as true love between man and woman...i always question if it really does exist...

However..what seems to amaze me is that..when i read stories,or more like fanfics(google it plez if you dunno what fanfic is..)which revolve about love,unrequited love,problematic love,or a loss of love..i can feel this pang in my heart..a twisted feeling in my stomach..maybe because the writers was too good?how can i possibly feel the pain if i haven't really experience it..let alone to believe it..

This then lead me to another question?what if i'll experience those myself?a loss of the one you love..your feelings not returned..loving the wrong person...will i be able to brace myself through these?

Well..i have come to a conclusion that..one thing for sure,no matter what happened..i'll always have Allah by my side..He will guide me to the right person..He will guide me to love the right way..

Either way,i'm not one to judge love more elaborately because i've yet more to explore....


p/s: sorry if this post bored you to death or makes you go "jiwang karatla plak minah ni.."^_^



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Appreciate What You Have

I asked Allah why I wasn't rich.And He showed me a man with the wealth of a thousand kings,who was lonely, and had no one to share it with.
I asked Allah why I wasn't handsome.And He showed me a man more handsome than any other,who was ugly because of his vanity.
I asked Allah why he'd allowed me to become old.And He showed me a boy of 16,who lay dead at a scene of a car accident.
I asked Allah why I didn't have bigger house.And He showed me a family of six, who'd evicted from their tiny shack,and were forced to live on the street.
I asked Allah why I had to work.And He showed me a man who couldn't find a decent job,because he had never learned to read.
I asked Allah why I wasn't popular.And He showed me a socialite with a thousand friends,who all left the minute the money and fun no longer with him.
I asked Allah why I wasn't smarter.And He showed me a natural born genius,who was serving life in prison for making ill use of his knowledge and intelligence.
I asked Allah why He put up with a thankless sinner like me'And He showed me His Qur'an,and the sacrifices of His beloved Prophet,and i knew then how much He loves me.
Allah Loves You<3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..urug irah tamales..

Salam a'laik

Hari ini merupakan hari yg secara rasminya menghargai guru-guru di seluruh Malaysia.Tapi ini bukan bermaksud pada hari yg lain mereka ini tidak perlu dihargai.Semua tahu bahawa golongan ini banyak memberi jasa dan bakti kepada masyarakat termasuklah kita.Kalau tidak bermakna anda tidak bersekolah(kejam bunyinya kan...huhu)...o_0..Sepanjang hampir 19 tahun hidup di muka bumi ni, tempat-tempat pendidikan inilah yang menemukan saya dgn insan-insan yg bergelar guru

Tadika Gertak Merah,Johor Bahru
Sek.Keb.(P) Jln Yahya Awal,Johor Bahru
SMK Agama Johor Bahru
SM Agama Persekutuan LAbu,Negeri Sembilan
CFS IIUM(tenaga pengajarnya biasa saya panggil lecturer..;D)

Walaupun saya hanya mampu cakap terima kasih,tapi saya tahu bahawa ucapan itu tidak akan pernah setanding dengan apa yg mereka telah berikan kepada kita.Maka marilah kita sama-sama mengingati mereka dalam doa setelah ibu bapa semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dan kesihatan yang baik.Jangan lupa juga untuk sentiasa menghormati mereka agar segala ilmu yang kita perolehi mendapat berkat.

TERIMA KASIH CIKGU.......................

p/s:sila baca tajuk secara songsang...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Song for You,Mom..

Walaupun Hari Ibu da seminggu berlalu..saya ttp nk dedikasikn lagu ni utk Mak..and..uh...it's a Korean song by the way..but the lyrics still touches my heart.The promises...the love....
Dear Mom by SNSD(Girls' Generation)

-credit:uploader at yt-

Terima kasih Mak..utk segalanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A road that had been taken

Sometimes we didn't realize that we had gone through this far
Even it might not be as what we had plan before
But belief it strongly that it is the best for us
because He is the one Who determined all this

As for me
I'm very grateful for what had been given to me
Another place that give meaningful memories
Another place that teach me a lot

Never regret for what had happened
because it had past and leave you
continue your life and create a better day
so you will never be regret again

Thanks my dearest friends
for what we had gone through together
with all the laughs and sorrow
make us know each other better

Until we meet again in the next journey
full of new battles and struggles
and let us live life to the fullest...





Anda berdua jangan kembang lebih-lebih ye...;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam pembuka kata,titik permulaan..a beginning..

Assalamualaikum...

*See how the gently fallen snow melts in my hand
Disappearing until nothing is left..like it was never there
Doesn't it seem like the most important things are the most fragile..
We can't hold onto them,they just drove quietly away

salam perkenalan buat semua..hehe...it's me,`Aina who is posting now..and just FYI,i like to make things simple yet in a way complicated and relaxed yet formal..(apela budak ni merapu..aiyaa)..yup,that's me^^

firstly,i would like to say thanks to Rai for inviting me to create and manage this blog together:)..kalo tak,mmg sampai ke tua kot xkan ade blog,hihi...

well..like she said,the reason why we're having this blog is to share..tak kisah la nak share ape pon..maybe experience,mutiara kata,tazkirah,ideas or...interests..hehe(so,kalo terselit dbsk ke,kpop jpop or yg sewaktu dgnnye jgn marah ye...^^)

insya Allah,melalui perkongsian ni kami berdua berharap dpt mendatangkan manfaat dan juge kebaikan kpd semua..amin..:D

So,with this,i'll end my very first post here..plese do enjoy your visit here and leave comments so that we can improve anything that should be improved,ok?^_^

-the scene that i really missT_T-

*lyrics from Asu wa Kuru Kara by thsk.credits:dbskarchives

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Api jangan dibalas dengan api

Salam 'alaik

Semalam saya baru sahaja menonton movie baru hasil karya seorang pengarah yang sebelum ini telah menghasilkan Shrek dan Kung Fu Panda.Anda tahu cerita apa yang saya maksudkan?Mari saya bantu anda untuk meneka..




Hiccup dan kawan-kawannya


Toothless dan Hiccup


HOW TO TRAIN YOUR DRAGON


(kalau tekaan anda betul silalah tepuk tangan untuk diri sendiri...;D)


Inilah movie yang saya maksudkan.Bagi saya cerita ini sangat menarik dan penuh dengan kecomelan.Kalau anda mahu tahu bagaimana ceritanya,silalah beli dvd atau yang yang sewaktu dengannya dan alamilah sendiri kecomelannya.hehehehe...Apa yang pasti,ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran.

Berdasarkan cerita ini,Hiccup merupakan seorang viking(saya tak ingat dalam bahasa melayu dipanggil apa..maaf ye).Suatu hari dia terjumpa seekor raksasa yang terjerat dengan perangkap yang dicipta olehnya sendiri.Hiccup berusaha untuk membunuh raksasa tersebut seperti apa yang biasa dilakukan oleh kaumnya.Walaubagaimanapun Hiccup tidak sampai hati lalu melepaskan raksasa tersebut.


Tidak lama selepas itu,Hiccup bertemu kembali dengan raksasa itu lalu menjadi titik permulaan 'persahabatan' antara Hiccup dengan raksasa itu yang akhirnya diberi nama Toothless.Toothless yang pada awalnya sangat liar akhirnya menjadi begitu manja dengan Hiccup dan pengalaman ini menjadi satu kelebihan bagi Hiccup yang membolehkan dia mengawal semua raksasa yang perlu diatasi semasa latihan bersama kanak-kanak viking yang lain.Inilah yang membuka mata Hiccup bahawa raksasa bukanlah seperti yang dianggap oleh kaumnya sebagai binatang pembunuh tetapi haiwan yang boleh menjadi rakan kepada mereka.Pada akhirnya,Hiccup berjaya mengubah persepsi ini setelah pelbagai rintangan yang dialami dan hidup gembira bersama Toothless.

Di sini kita dapat lihat bahawa haiwan yang sangat ganas boleh sahaja menjadi jinak dengan layanan dan penerimaan yang baik.Begitu juga ada sesetengah manusia yang mempunyai hati yang sangat keras,panas baran dan egoistik yang sangat pantang menerima teguran atau menerima pendapat orang atau mengalah sekiranya tercetus perbalahan.Bersabarlah menghadapi insan-insan seperti ini dan gunalah cara yang lembut lagi berhikmah apabila berhadapan dengan mereka.

Bagi mereka yang sedar memiliki hati-hati seperti di atas,berusahalah untuk mengawal diri sendiri dan belajar untuk menimbang segala pendapat dan situasi.Sekiranya anda berada dalam 'peperangan',belajar untuk berdiplomasi dan bukan asyik menyalahkan orang lain.Sekiranya anda tidak berubah dan orang lain berkasar dengan anda setelah sekian lama berlembut,jangan salahkan mereka kerana pada tahap ini mereka merasakan kekasaran dan sinis adalah cara yang berhikmah untuk mengubah anda.



p/s:sangat teruja untuk tengok cerita shrek yang baru..(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat datang
Ahlan wasahlan
Welcome

Apa jua bahasa yang digunakan,semuanya membawa erti yang sama iaitu mengalu-alukan kehadiran anda yang membaca.Mari kita touching seketika.(heh...tak perlu kot).Ini merupakan post pertama setelah blog ini diwujudkan.Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapalah rajin sangat mereka ni buat blog?Nak ikut demam blogging yang menular ke?Mungkin tapi bukan itu tujuan sebenar kami.Seringkali terdengar kata-kata "Erti hidup pada memberi" atau "Sharing is caring".Ada yang sudah dapat meneka apa objektifnya?Angguk sahaja kalau ya.Kalau tidak jangan terjun bangunan pula.(exaggerate pula..huh)


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima


"Akan terputus segala amalan anak Adam apabila mati kecuali tiga:Doa anak yang soleh,sedekah jariah,dan ilmu yang bermanfaat."

Sudah tahu sekarang?Mungkin bukan ilmu yang formal tetapi sekadar pengalaman dan pendapat atau perkongsian agar memberi sesuatu kepada kita semua.Dan jangan marah ye kalau terselit juga tentang minat kami di sini.Kalau marah cubalah delete post itu dan saya pasti anda tidak akan berjaya...:p

Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang dan jangan serik ye untuk membaca...

Jumpa lagi
Ilalliqa'
See you again

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS