Ahlan wasahlan
Welcome
Apa jua bahasa yang digunakan,semuanya membawa erti yang sama iaitu mengalu-alukan kehadiran anda yang membaca.Mari kita touching seketika.(heh...tak perlu kot).Ini merupakan post pertama setelah blog ini diwujudkan.Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapalah rajin sangat mereka ni buat blog?Nak ikut demam blogging yang menular ke?Mungkin tapi bukan itu tujuan sebenar kami.Seringkali terdengar kata-kata "Erti hidup pada memberi" atau "Sharing is caring".Ada yang sudah dapat meneka apa objektifnya?Angguk sahaja kalau ya.Kalau tidak jangan terjun bangunan pula.(exaggerate pula..huh)
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
"Akan terputus segala amalan anak Adam apabila mati kecuali tiga:Doa anak yang soleh,sedekah jariah,dan ilmu yang bermanfaat."
Sudah tahu sekarang?Mungkin bukan ilmu yang formal tetapi sekadar pengalaman dan pendapat atau perkongsian agar memberi sesuatu kepada kita semua.Dan jangan marah ye kalau terselit juga tentang minat kami di sini.Kalau marah cubalah delete post itu dan saya pasti anda tidak akan berjaya...:p
Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang dan jangan serik ye untuk membaca...
Jumpa lagi
Ilalliqa'
See you again
0 lighted candles:
Post a Comment
cot-cet