Powered by Blogger.
RSS

Api jangan dibalas dengan api

Salam 'alaik

Semalam saya baru sahaja menonton movie baru hasil karya seorang pengarah yang sebelum ini telah menghasilkan Shrek dan Kung Fu Panda.Anda tahu cerita apa yang saya maksudkan?Mari saya bantu anda untuk meneka..




Hiccup dan kawan-kawannya


Toothless dan Hiccup


HOW TO TRAIN YOUR DRAGON


(kalau tekaan anda betul silalah tepuk tangan untuk diri sendiri...;D)


Inilah movie yang saya maksudkan.Bagi saya cerita ini sangat menarik dan penuh dengan kecomelan.Kalau anda mahu tahu bagaimana ceritanya,silalah beli dvd atau yang yang sewaktu dengannya dan alamilah sendiri kecomelannya.hehehehe...Apa yang pasti,ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran.

Berdasarkan cerita ini,Hiccup merupakan seorang viking(saya tak ingat dalam bahasa melayu dipanggil apa..maaf ye).Suatu hari dia terjumpa seekor raksasa yang terjerat dengan perangkap yang dicipta olehnya sendiri.Hiccup berusaha untuk membunuh raksasa tersebut seperti apa yang biasa dilakukan oleh kaumnya.Walaubagaimanapun Hiccup tidak sampai hati lalu melepaskan raksasa tersebut.


Tidak lama selepas itu,Hiccup bertemu kembali dengan raksasa itu lalu menjadi titik permulaan 'persahabatan' antara Hiccup dengan raksasa itu yang akhirnya diberi nama Toothless.Toothless yang pada awalnya sangat liar akhirnya menjadi begitu manja dengan Hiccup dan pengalaman ini menjadi satu kelebihan bagi Hiccup yang membolehkan dia mengawal semua raksasa yang perlu diatasi semasa latihan bersama kanak-kanak viking yang lain.Inilah yang membuka mata Hiccup bahawa raksasa bukanlah seperti yang dianggap oleh kaumnya sebagai binatang pembunuh tetapi haiwan yang boleh menjadi rakan kepada mereka.Pada akhirnya,Hiccup berjaya mengubah persepsi ini setelah pelbagai rintangan yang dialami dan hidup gembira bersama Toothless.

Di sini kita dapat lihat bahawa haiwan yang sangat ganas boleh sahaja menjadi jinak dengan layanan dan penerimaan yang baik.Begitu juga ada sesetengah manusia yang mempunyai hati yang sangat keras,panas baran dan egoistik yang sangat pantang menerima teguran atau menerima pendapat orang atau mengalah sekiranya tercetus perbalahan.Bersabarlah menghadapi insan-insan seperti ini dan gunalah cara yang lembut lagi berhikmah apabila berhadapan dengan mereka.

Bagi mereka yang sedar memiliki hati-hati seperti di atas,berusahalah untuk mengawal diri sendiri dan belajar untuk menimbang segala pendapat dan situasi.Sekiranya anda berada dalam 'peperangan',belajar untuk berdiplomasi dan bukan asyik menyalahkan orang lain.Sekiranya anda tidak berubah dan orang lain berkasar dengan anda setelah sekian lama berlembut,jangan salahkan mereka kerana pada tahap ini mereka merasakan kekasaran dan sinis adalah cara yang berhikmah untuk mengubah anda.



p/s:sangat teruja untuk tengok cerita shrek yang baru..(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 lighted candles:

Kelembai Dukm said...

kartun sajer...

Anonymous said...

tgk kartun bole gak release tension...:D

Kelembai Dukm said...

kalu brani.. nnt try tgk citer2 yg lebey swius.. mayb bkn kartun... n bwat post camni ae.. uhuhu

Post a Comment

cot-cet