Powered by Blogger.
RSS

Hidup perlukan penapisan

Salam a'laik


Bertemu lagi kita dalam post saya yang seterusnya.Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ni.Yang penting sekali,kita masih lagi berpeluang memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya atas segala dosa yang pernah kita lakukan.

Saya masih ingat lagi program motivasi masa saya form four.Pada masa itu juga ada krisis air.(air kat asrama kering tahu...huhu).Jadi,ramailah yang cabut balik rumah.Tinggallah beberapa kerat yang menyertai termasuklah saya.Mula-mula memang boleh dikatakan semua yang datang rasa betul-betul tak ikhlas.Tapi semua berubah lepas beberapa sesi.Dalam program ni lah yang sedikit sebanyak membuka mata saya malah sahabat-sahabat yang lain tentang keadaan sebenar di luar sekolah.Program ni lah yang memperjelaskan lagi tanggungjawab yang akan terpikul di bahu kami nanti.Dan program ini jugalah yang membuka mata kami tentang pentingnya menilai sesuatu perkara sebelum diserap masuk ke dalam minda dan jiwa kami.

Hidup di akhir zaman ini sememangnya penuh dugaan.Takut,gentar,sedih semuanya mungkin bersarang dalam hati.Yang jelas orang-orang muda seperti kita yang selalu menjadi sasaran(oh oh...sungguh popular kita ni ye...huhu).Semua mungkin dapat mengagak kenapa ini terjadi?(Cepat jawab...hehehe).REMAJA ATAU BELIA ADALAH MEREKA YANG AKAN MEWARISI SESEBUAH BANGSA AKAN DATANG.Maka,jelas lagi nyata.Andai mereka dapat menguasai golongan remaja,pasti mereka dapat menguasai bangsa itu.

Kita sekarang disumbatkan dengan pelbagai maklumat.Tak kisah la secara formal atau tidak.Namun.kita perlu sedar yang belum tentu pengetahuan yang diperolehi adalah benar lagi tepat terutamanya pengetahuan yang datangnya dari sumber yang belum pasti kesahihannya.Sebab tulah Allah kurniakan kita akal fikiran untuk menilai mana yang baik mahupun buruk,mana yang betul mahupun salah.Tidak salah untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan.Sememangnya digalakkan oleh Rasulullah sendiri.

"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"

Tapi belajar lah juga untuk menapis segala apa yang datang agar kita tak terpesong nanti.Tidak salah kan kalau kita mahu menjadi penapis daripada hanya menjadi span sahaja?Biarlah ilmu yang kita ada membawa kita ke arah sesuatu yang benar.Saya sendiri pun kadang-kadang terkeliru dengan apa yang didengar.Maka,adalah lebih baik kita mendapatkan penjelasan daripada sumber-sumber lain yang boleh dipercayai.Nanti takdelah kita hidup resah dan gelisah dan sentiasa memahami dan menjiwai setiap apa yang kita praktikkan.

YA MUQALLIBAL QULUB,THABBIT QULUBANA 'ALA DINIK WA'ALA TO'ATIKGambar dari google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet