Powered by Blogger.
RSS

Secebis ingatan

Salam a‘laik


Hari ini merupakan hari kedua kelas sejak semalam.Seperti yang saya pernah bagitau,kelas saya bermula pagi dan berakhir petang dan hari ini kelas saya habis pukul 4 sebab takde kelas Bahasa Melayu.Kalau tidak habis pukul 7 malam(kalau ikut jadual la).Kelas hari ini sangat menarik dan best.Belajar pasal plasma membrane,anatomy,Pharmacy practice dan pharmacy care.


Hari ini juga ada lawatan ke makmal-makmal yang akan kami guna masa tahun pertama ni.Yang penting,insyaAllah kami akan belajar pasal dispensing ubat dan macam mana nak buat krim sendiri.Menarik kan?>.<…Saya suka!!!!heheheh…Dan hari ini juga saya(kami semua) dapat seorang lagi pensyarah yang bukan orang Malaysia.Beliau ajar kami anatomy dan kelasnya sangat seronok.Belajar kenalah seronok kan?Kalau tidak, boleh tension(tapi betul yang ni best). Tapi biasalah kan kalau banyak istilah nak kena faham dan hafal.Mula-mula mungkin susah tapi insyaAllah nanti senang lah(kena fikir positif ni…huhuhu).


Kelas hari ni juga mengingatkan atau mungkin lagi tepat menyedarkan saya terutamanya, yang kita mempunyai peranan yang sangat penting dalam sesuatu badan yang kita ceburi dan jatuh bangunnya sesuatu institusi itu mempunyai kait rapat dengan diri kita.Contohnya,saya yang menceburi kursus farmasi bertanggungjawab untuk menaikkan taraf dan status badan farmasi walaupun saya baru berada di tahun satu pengajian.Saya percaya perkara yang sama juga pasti berlaku kepada orang lain.Bezanya sama ada kita sedar atau tidak.Dan saya percaya juga bahawa ini bukan hanya untuk sesuatu bidang yang kita ceburi malah dalam Agama kita juga.Walau apa pun yang telah kita pilih,mari kita sama-sama berdoa agar sentiasa tabah menghadapinya.

P/s: gelaran mahasiswa bukan tiket untuk melakukan sesuatu sesuka hati ,bukan juga tiket untuk tidak menerima nasihat orang lain.Thanks Dr. for the reminder..:D


6.30 pm

13/7/2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet