Powered by Blogger.
RSS

Satu lagi permulaan

Salam ‘alaik

Sangat lama tak update blog ni.maaf kerana agak sibuk lebih-lebih lagi dengan pendaftaran sebagai seorang mahasisiwi di uia kampus kuantan.

Alhamdulillah,setelah hampir 3 bulan cuti,kami akhirnya mendaftarkan diri pada 6 julai 2010.Agak lambat berbanding orang lain sebab kami keluaran cfs uia sendiri.Jadi ada kelebihan cuti lebih sikit…hehehe..perasaan?bercampur baur tapi tidak sehebat rojak buah la.Ni antara apa yang saya rasa.Nervous sebab nak masuk tempat baru dan kami yang satu batch masa di cfs ada 4 orang je.Excited sebab akan memulakan langkah sebagai seorang mahasisiwi dan pelajar bidang farmasi.Suka sebab katil bukan double decker dan locker besar..(sungguh jakun…hahahaha)Cabaran?pasti lebih hebat.Tapi inilah yang akan buat diri kita menjadi semakin matang nanti.

“Experience is the best teacher for learning”

Macam biasa bagi semua pelajar yang baru masuk adalah mengikuti program taaruf.2 tahun berturut saya mengikuti taaruf.Tahun lepas semasa di cfs dan tahun ini di kuantan.Pengisiannya pula lebih kepada taklimat…hahahah…mesti ada yang mengeluh bila dengar ni kan?Terimalah seadanya ye…huhu..taaruf dekat sini tak lama.mula hari selasa,habis hari khamis,dari pagi sampai malam tu perkara biasa…bukan sesuatu yang abnormal..penat?sendiri boleh teka..:D

Sama seperti di cfs..Bila taaruf dah sampai penutup,semua pelajar baru akan berbai’ah(ikrar).Tapi kali ni terasa macam satu penghormatan yang sangat besar sebab Rector UIA sendiri datang dalam majlis penutup kami.Ni saya rasalah..tak tahu orang lain ada perasaan yang sama ke tak..huhuh.Bai’ah bukan satu lafaz semata-mata tapi sebenarnya satu perjanjian dan peringatan atas tanggungjawab yang tergalas atas semua orang.Satu perjanjian yang bukan duniawi semata tapi juga ukhrawi.Seimbang kan?Berat tau amanah tu..Moga dipermudahkan Allah dalam pelaksanaannya.

Alam universiti bagi saya adalah satu fasa yang amat significant dalam hidup kita.sebab masa nilah kita akan lihat dan alami hidup yang agak sebenar.Tak sama lagi macam zaman sekolah mahupun matrikulasi.Tak percaya?Rasa la sendiri nanti macam mana…hehehe..Semoga kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang.Mungkin lepas ni lebih berkisar tentang kehidupan kami di sini.Saya harap coretan tentang pengalaman kami di sini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada mereka yang akan memasuki UIA mahupun universiti yang lain satu hari nanti.

This is my journey and might be yours later…:D

10/7/2010

10.00 pm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

Dr. Buntat said...

rai,perasan tak? baju taaruf tu banyak yg kedut kerepot?haha..tula antara bukti2 yg kite terlalu sibuk sampai tak kesah dah sume tu..(eh jap,sy dikecualikan ye..sbb tu da memang diri sy sejak azali lagi..hehe)

-rai..klu awk smangat berikrar sbb rektor sdr dtg,sy plak rs seronok ('seronok' is diff from 'bsemangat'..)sebab press yg dtg..macam glamaorla plak uni kite ni..hehe

bagusla rai..dlm penat2 berdiri tu,blh lagi nak rs setia kat uia..cayalah rai..haha

Nur Raihanah said...

eceeehhh...bese la tu seronok sbb ad press..hahaha...rsenye nnti awk akn rse gak kot setia kt uia...heheheh

Post a Comment

cot-cet