Powered by Blogger.
RSS

Pharmacist-to-be...insyaAllah

Salam ‘alaik


Apa khabar?sihat?kalau sakit sabar ye sebab tu salah satu cara dosa-dosa kita terhapus.Sebagai ikhtiar pergi makan ubat ok?hehehe…(mentang-mentang ambil kursus farmasi ek)

Ini cita-cita dan impian saya.semoga Allah izinkan kami mencapainya.Doakan kami ye…:D..9 Julai 2010,tarikh keramat di mana kami secara rasminya menjadi ahli keluarga baru dalam kuliyyah of Pharmacy dan memegang gelaran batch RX9…cool kan?hahah..maknanya kami adalah batch yang ke-sembilan dalam kuliyyah ni.

Sekali lagi kami diberi penghormatan dengan adanya acara white coat ceremony ..siap dipakaikan lab coat oleh senior lagi tau.Dan sekali lagi kami berbai’ah tanda kesediaan kami menggalas tanggungjawab, bukan sekadar sebagai seorang pelajar tapi sebagi ahli farmasi yang akan datang.long-term oath.Perasaan?sekali lagi bercampur baur.InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya mengharungi segala dugaan sehingga Berjaya berbakti kepada agama bangsa dan Negara kelak.

Hari yang sama kami jalan-jalan satu kuliyyah.Kuliyyah kami baru setahun siap.Jadi,sign board takde lagi.Maknanya ada kemungkinan besar kami boleh sesat.Memang dah ada kuliyyah tour,tapi ingat boleh ingat semua tempat sekali gus?ish333..Tapi alhamdulillah kelas kami satu tempat je.Satu batch, satu kelas.Berapa ramai?99 orang tak termasuk direct intake.

Masa saya taip post ni,kelas tak mula lagi sebab hari ni hari sabtu.Jadi,isnin nanti baru kami akan mula dan berjumpa dengan lecturer kami dan antaranya ialah dean kami…hoho..jadual dah dapat tapi tak tetap sebab akan berubah setiap minggu..padat tak?hahahaha…soalan yang bagus…MEMANG FULL…berapa tempat je yang kosong tahu..dari pagi sampai petang(nasib baik ada rehat antara setiap subjek)..ni untuk farmasi la,kursus lain saya tak tahu.Senang kata lebih kurang macam jadual semester 1 dan 2 saya di cfs uia.Bagaimana kelas saya nanti insyaAllah akan saya kongsikan bila berkesempatan.Kalau bukan saya mungkin aina sebab kami satu kelas.Cuma setakat ni,apa yang saya fikir dan rasakan adalah kita mesti buat setiap pilihan dengan teliti dan bukan hentam keromo.Sebab setiap pilihan yang kita buat akan memandu kita kepada kehidupan yang akan datang.:D

10/7/2010

11.13 pm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

Prof. Dr. Buntat said...

"InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya mengharungi segala dugaan sehingga Berjaya berbakti kepada agama bangsa dan Negara kelak."

fulamakkk rai..

cayala rai..

ayat2 camni,dgan rai,memang tak dpat dipisahkan lagi dahh..

HAHA.

Anonymous said...

hahahah...ap pulak x dpt dipisahkn dgn rai plak...x dpt dipisahkn dgn smua org laaa...:D

Post a Comment

cot-cet