Salam a'laik...
Hari ini alhamdulillah dapat berjumpa dan keluar sekali dengan akak senior merangkap akak usrah pergi pasar malam...Jadi agendanya hanyalah taaruf secara tak formal dan makan bersama di masjid Tenku Ampuan Afzan yang sangat tak jauh dari pasar malam tu.
Kami pergi berlima menaiki kereta dan seorang lagi kakak menunggang motor..Dalam perjalanan entah macam mana pun saya terlupa..keluar lah cerita pasal seorang student(sister) meninggal masa akak-akak ni tahun pertama kerana kemalangan dengan bas sedangkan arwah menunggang motosikal..Agak tragis juga kemalangan tu..
Sedang kami bertaaruf,keluar pula cerita classmate saya yang abangnya juga baru sahaja meninggal tahun lepas akibat kemalangan dan adik kepada seorang lagi classmate meninggal dalam usia yang sangat muda..
Tengah duduk-duduk tu pula,salah seorang akak dapat message dari akak yang seorang lagi...katanya ada kemalangan dekat trafic light betul-betul depan uia antara motor dengan kereta .Yang paling malangnya kemalangan tersebut adalah LANGGAR LARI.Alhamdulillah dua orang pelajar yang terlibat masih dipanjangkan umur.Kejadian ni jadi depan mata kakak tu sendiri.Dapat bayangkan tak apa perasaannya?kalau dengar pun saya rasa macam nak tercabut jantung,apakan lagi kalau LIVE!!
Semua cerita yang didengar ni akhirnya membawa saya kepada satu lagi perkara yang sedikit mempengaruhi perasaan.Tidak sampai setengah tahun pun lagi perginya seorang senior di CFS meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Yang Maha Mencipta.Perginya dia dalam usia yang cukup muda,malah belum sempat pun menjejakkan kaki ke alam universiti.Dan perginya juga adalah kerana terlibat dalam satu kemalangan.Walaupun saya sekadar kenal sahaja, tapi itu sudah cukup memberi impak walaupun mungkin sedikit dalam hidup ini.
MATI ITU PASTI.Cuma kita sahaja yang tidak tahu bila akan tiba.Siapa sangka andai ianya akan berlaku beberapa minit sahaja lagi.Selalu orang kata masa muda nilah nak berseronok.Bila dah tua baru mula beribadah dan bertaubat.Tapi kita yakinkah bahawa kita akan berkesempatan untuk sampai ke usia tua itu?ALLAH MAHA MENGETAHUI...
"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok..dan bekerjalah seolah-olah kamu akan mati seribu tahun lagi"
p/s:Mari kita sedekahkan Al-fatehah buat mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita.Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa
Bila akan dipanggil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 lighted candles:
Post a Comment
cot-cet