Powered by Blogger.
RSS

Bila akan dipanggil?

Salam a'laik...

Hari ini alhamdulillah dapat berjumpa dan keluar sekali dengan akak senior merangkap akak usrah pergi pasar malam...Jadi agendanya hanyalah taaruf secara tak formal dan makan bersama di masjid Tenku Ampuan Afzan yang sangat tak jauh dari pasar malam tu.

Kami pergi berlima menaiki kereta dan seorang lagi kakak menunggang motor..Dalam perjalanan entah macam mana pun saya terlupa..keluar lah cerita pasal seorang student(sister) meninggal masa akak-akak ni tahun pertama kerana kemalangan dengan bas sedangkan arwah menunggang motosikal..Agak tragis juga kemalangan tu..

Sedang kami bertaaruf,keluar pula cerita classmate saya yang abangnya juga baru sahaja meninggal tahun lepas akibat kemalangan dan adik kepada seorang lagi classmate meninggal dalam usia yang sangat muda..

Tengah duduk-duduk tu pula,salah seorang akak dapat message dari akak yang seorang lagi...katanya ada kemalangan dekat trafic light betul-betul depan uia antara motor dengan kereta .Yang paling malangnya kemalangan tersebut adalah LANGGAR LARI.Alhamdulillah dua orang pelajar yang terlibat masih dipanjangkan umur.Kejadian ni jadi depan mata kakak tu sendiri.Dapat bayangkan tak apa perasaannya?kalau dengar pun saya rasa macam nak tercabut jantung,apakan lagi kalau LIVE!!

Semua cerita yang didengar ni akhirnya membawa saya kepada satu lagi perkara yang sedikit mempengaruhi perasaan.Tidak sampai setengah tahun pun lagi perginya seorang senior di CFS meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Yang Maha Mencipta.Perginya dia dalam usia yang cukup muda,malah belum sempat pun menjejakkan kaki ke alam universiti.Dan perginya juga adalah kerana terlibat dalam satu kemalangan.Walaupun saya sekadar kenal sahaja, tapi itu sudah cukup memberi impak walaupun mungkin sedikit dalam hidup ini.

MATI ITU PASTI.Cuma kita sahaja yang tidak tahu bila akan tiba.Siapa sangka andai ianya akan berlaku beberapa minit sahaja lagi.Selalu orang kata masa muda nilah nak berseronok.Bila dah tua baru mula beribadah dan bertaubat.Tapi kita yakinkah bahawa kita akan berkesempatan untuk sampai ke usia tua itu?ALLAH MAHA MENGETAHUI...

"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok..dan bekerjalah seolah-olah kamu akan mati seribu tahun lagi"

p/s:Mari kita sedekahkan Al-fatehah buat mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita.Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah solat jenazah dan duri..

Seorang lelaki telah menghadiri satu temuduga untuk pemilihan kepimpinan dan ditanya beberapa soalan...Antaranya:

"Anda ingin melaksanakan solat jenazah.Tetapi anda mendapati terdapat beberapa duri di atas lantai tempat sujud.Apakah yang anda akan lakukan agar dahi tidak tercedera?"

Maka,tanpa berfikir panjang dan dengan sepenuh keyakinan lelaki itu menjawab:

"Apalagi,alihkan saja duri-duri itu!Senang sungguh soalan encik," dengan muka yang penuh kegembiraan dan keyakinan akan terpilih.




Pengajaran:Fikir dengan baik dahulu sebelum menjawab apa-apa soalan.Dan elakkan terlebih keyakinan(overconfident)

p/s:kisah di atas adalah dari lecturer saya yang diterjemah dan digubah...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Insan istimewa


Mereka mencari,meneroka,menilai dan mengkaji
berusaha mencari satu kebenaran

Yang selama ini tidak mereka ketahui dan fahami
Dengan izin Yang Maha Pemurah
Mereka bertemu dengan satu pengertian
Yang merungkai segala persoalan
Dan dengan izin Yang Maha Mengasihani jualah
mereka dapat merasai nikmatnya iman
juga erti ketenangan yang hakiki

"Dan sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"(Ali-Imran:190)Ya Allah,janganlah Kau palingkan hati kami di saat Kau telah memberi hidayah kepada kami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nerd atau zombie?mana pilihan anda?

Salam 'alaik

"Alamak!!!Tak habis baca lagi ni...Esok nak exam dah"
"Agaknya keluar apa ye exam esok."

Macam kenal soalan-soalan ini?Ni ialah soalan-soalan kegemaran yang selalu terkeluar dari mulut kita kan?(termasuklah saya...*_*..huhuh)pada waktu-waktu tertentu..Sebenarnya post ni ada kaitan dengan peristiwa yang terjadi di kelas hari ni..

Waktu tu sepatutnya tutorial.Jadi apa yang saya terfikir hanyalah beberapa soalan yang akan diberikan pada kami untuk dijawab..Malam sebelumnya memang berdebar...Macam-macam ada dalam kepala ni..Soalan apa yang kena tanya nanti?Boleh ke tengok buku kalau kena jawab soalan?Buat kuiz sekali ke(sebab kami kuiz kami ber"pop-pop")?...Sampailah hari dan waktu yang sepatutnya...jeng333

Bila masuk je lecturer kami,semua orang muka cuak(saya la kot antaranya...hhahahaha)...Tapi semua sangkaan saya tak jadi kenyataan..Mula-mula kami ditanya sama ada kami ada soalan atau tak?Semua muka mcm blur(tak tau la kalau saya je ke...yela sebab dah mind set lain kan)...Akhirnya,lecturer saya ambil keputusan untuk tunjukkan slide show yang telah disediakan awal-awal sebab beliau kata dia dah agak keadaan tu akan terjadi..Maka bermulalah cerita pasal si nerd dan zombie ni(panjang pulak mukadimah ye....heheheh)

Semua orang setuju bahawa pendidikan kita sekarang lebih kepada exam-oriented..kesannya semua orang bertungkus-lumus belajar sebab nak score dengan cemerlang dalam exam...bila musim exam je semua orang kelam kabut telan semua fakta yang ada lepas tu muntah segalanya sehabis mungkin dalam peperiksaan...Bila dah namanya last minute study, maka segala nota dari lecturer akan menjadi tumpuan yang paling utama sebab ringkas dah!!!Kesimpulannya kita akan terikat dengan ringkasan yang telah dibuat dan secara tidak langsung kita akan jadi si ZOMBIE(mengikut saja apa yang ada kata tanpa ada pemikiran sendiri)!!!Habis je exam,habis semua hilang...

Tentang NERD pula lebih kurang sahaja...Selalu kita(saya) fikir nerd tu hanyalah orang yang pakai baju tahap paling-paling skema dan cermin mata jenis petak hitam bersama cermin yang tebal...Hari ni saya dengar satu lagi persepsi tentang nerd...NERD ialah orang yang menurut saja apa yang dia dapat...senang kata hafal bulat-bulat lah segala nota tanpa menambah atau merujuk maklumat tambahan dalam buku...Kalau skema jawapan takde memang susah lah..pada erti kata lain terlalu exam-oriented(again)..

Maka,disebabkan beliau merasakan memberi nota kepada pelajar akan menyumbang kepada lahirnya zombie-zombie,beliau pun mengambil keputusan untuk tidak memberinya(ni pendapat beliau ye...Tak bermaksud memberi nota itu salah)...Sebenarnya,isi utama yang ingin disampaikan ialah beliau mahu semua pelajar belajar kerana ingin tahu dan bukan semata nak dapat gred yang bagus dalam exam..Maka,sebagai orang yang ingin tahu,kita kena rajin cari dalam buku dan bukan hanya mengharap nota lecturer sahaja...Memang ada pelajar yang masih rujuk buku walaupun ada nota lecturer tapi hanya sekadar minoriti...

Kesimpulannya,kita kena belajar sebab nak menuntut ilmu dan bukan sebab nak exam(kena tukar niat betul-betul ni).Jadi,ilmu tu nanti insyaAllah akan berkekalan dan dapat kita praktikkan dalam hidup.Akhir sekali,marilah kita sama-sama berusaha untuk tidak jadi orang yang nerd mahupun zombie,tapi jadi orang benar-benar mencari ilmu untuk berilmu(i really have to change myself...huhuhu)...(^_^)
Jom jadi knowledge based people dan bukan yang nerd...Usaha tangga kejayaan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

i'm not promoting but it is just SOOO enjoyable



.:.another medium to release your stress...(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Secebis ingatan

Salam a‘laik


Hari ini merupakan hari kedua kelas sejak semalam.Seperti yang saya pernah bagitau,kelas saya bermula pagi dan berakhir petang dan hari ini kelas saya habis pukul 4 sebab takde kelas Bahasa Melayu.Kalau tidak habis pukul 7 malam(kalau ikut jadual la).Kelas hari ini sangat menarik dan best.Belajar pasal plasma membrane,anatomy,Pharmacy practice dan pharmacy care.


Hari ini juga ada lawatan ke makmal-makmal yang akan kami guna masa tahun pertama ni.Yang penting,insyaAllah kami akan belajar pasal dispensing ubat dan macam mana nak buat krim sendiri.Menarik kan?>.<…Saya suka!!!!heheheh…Dan hari ini juga saya(kami semua) dapat seorang lagi pensyarah yang bukan orang Malaysia.Beliau ajar kami anatomy dan kelasnya sangat seronok.Belajar kenalah seronok kan?Kalau tidak, boleh tension(tapi betul yang ni best). Tapi biasalah kan kalau banyak istilah nak kena faham dan hafal.Mula-mula mungkin susah tapi insyaAllah nanti senang lah(kena fikir positif ni…huhuhu).


Kelas hari ni juga mengingatkan atau mungkin lagi tepat menyedarkan saya terutamanya, yang kita mempunyai peranan yang sangat penting dalam sesuatu badan yang kita ceburi dan jatuh bangunnya sesuatu institusi itu mempunyai kait rapat dengan diri kita.Contohnya,saya yang menceburi kursus farmasi bertanggungjawab untuk menaikkan taraf dan status badan farmasi walaupun saya baru berada di tahun satu pengajian.Saya percaya perkara yang sama juga pasti berlaku kepada orang lain.Bezanya sama ada kita sedar atau tidak.Dan saya percaya juga bahawa ini bukan hanya untuk sesuatu bidang yang kita ceburi malah dalam Agama kita juga.Walau apa pun yang telah kita pilih,mari kita sama-sama berdoa agar sentiasa tabah menghadapinya.

P/s: gelaran mahasiswa bukan tiket untuk melakukan sesuatu sesuka hati ,bukan juga tiket untuk tidak menerima nasihat orang lain.Thanks Dr. for the reminder..:D


6.30 pm

13/7/2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pharmacist-to-be...insyaAllah

Salam ‘alaik


Apa khabar?sihat?kalau sakit sabar ye sebab tu salah satu cara dosa-dosa kita terhapus.Sebagai ikhtiar pergi makan ubat ok?hehehe…(mentang-mentang ambil kursus farmasi ek)

Ini cita-cita dan impian saya.semoga Allah izinkan kami mencapainya.Doakan kami ye…:D..9 Julai 2010,tarikh keramat di mana kami secara rasminya menjadi ahli keluarga baru dalam kuliyyah of Pharmacy dan memegang gelaran batch RX9…cool kan?hahah..maknanya kami adalah batch yang ke-sembilan dalam kuliyyah ni.

Sekali lagi kami diberi penghormatan dengan adanya acara white coat ceremony ..siap dipakaikan lab coat oleh senior lagi tau.Dan sekali lagi kami berbai’ah tanda kesediaan kami menggalas tanggungjawab, bukan sekadar sebagai seorang pelajar tapi sebagi ahli farmasi yang akan datang.long-term oath.Perasaan?sekali lagi bercampur baur.InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya mengharungi segala dugaan sehingga Berjaya berbakti kepada agama bangsa dan Negara kelak.

Hari yang sama kami jalan-jalan satu kuliyyah.Kuliyyah kami baru setahun siap.Jadi,sign board takde lagi.Maknanya ada kemungkinan besar kami boleh sesat.Memang dah ada kuliyyah tour,tapi ingat boleh ingat semua tempat sekali gus?ish333..Tapi alhamdulillah kelas kami satu tempat je.Satu batch, satu kelas.Berapa ramai?99 orang tak termasuk direct intake.

Masa saya taip post ni,kelas tak mula lagi sebab hari ni hari sabtu.Jadi,isnin nanti baru kami akan mula dan berjumpa dengan lecturer kami dan antaranya ialah dean kami…hoho..jadual dah dapat tapi tak tetap sebab akan berubah setiap minggu..padat tak?hahahaha…soalan yang bagus…MEMANG FULL…berapa tempat je yang kosong tahu..dari pagi sampai petang(nasib baik ada rehat antara setiap subjek)..ni untuk farmasi la,kursus lain saya tak tahu.Senang kata lebih kurang macam jadual semester 1 dan 2 saya di cfs uia.Bagaimana kelas saya nanti insyaAllah akan saya kongsikan bila berkesempatan.Kalau bukan saya mungkin aina sebab kami satu kelas.Cuma setakat ni,apa yang saya fikir dan rasakan adalah kita mesti buat setiap pilihan dengan teliti dan bukan hentam keromo.Sebab setiap pilihan yang kita buat akan memandu kita kepada kehidupan yang akan datang.:D

10/7/2010

11.13 pm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu lagi permulaan

Salam ‘alaik

Sangat lama tak update blog ni.maaf kerana agak sibuk lebih-lebih lagi dengan pendaftaran sebagai seorang mahasisiwi di uia kampus kuantan.

Alhamdulillah,setelah hampir 3 bulan cuti,kami akhirnya mendaftarkan diri pada 6 julai 2010.Agak lambat berbanding orang lain sebab kami keluaran cfs uia sendiri.Jadi ada kelebihan cuti lebih sikit…hehehe..perasaan?bercampur baur tapi tidak sehebat rojak buah la.Ni antara apa yang saya rasa.Nervous sebab nak masuk tempat baru dan kami yang satu batch masa di cfs ada 4 orang je.Excited sebab akan memulakan langkah sebagai seorang mahasisiwi dan pelajar bidang farmasi.Suka sebab katil bukan double decker dan locker besar..(sungguh jakun…hahahaha)Cabaran?pasti lebih hebat.Tapi inilah yang akan buat diri kita menjadi semakin matang nanti.

“Experience is the best teacher for learning”

Macam biasa bagi semua pelajar yang baru masuk adalah mengikuti program taaruf.2 tahun berturut saya mengikuti taaruf.Tahun lepas semasa di cfs dan tahun ini di kuantan.Pengisiannya pula lebih kepada taklimat…hahahah…mesti ada yang mengeluh bila dengar ni kan?Terimalah seadanya ye…huhu..taaruf dekat sini tak lama.mula hari selasa,habis hari khamis,dari pagi sampai malam tu perkara biasa…bukan sesuatu yang abnormal..penat?sendiri boleh teka..:D

Sama seperti di cfs..Bila taaruf dah sampai penutup,semua pelajar baru akan berbai’ah(ikrar).Tapi kali ni terasa macam satu penghormatan yang sangat besar sebab Rector UIA sendiri datang dalam majlis penutup kami.Ni saya rasalah..tak tahu orang lain ada perasaan yang sama ke tak..huhuh.Bai’ah bukan satu lafaz semata-mata tapi sebenarnya satu perjanjian dan peringatan atas tanggungjawab yang tergalas atas semua orang.Satu perjanjian yang bukan duniawi semata tapi juga ukhrawi.Seimbang kan?Berat tau amanah tu..Moga dipermudahkan Allah dalam pelaksanaannya.

Alam universiti bagi saya adalah satu fasa yang amat significant dalam hidup kita.sebab masa nilah kita akan lihat dan alami hidup yang agak sebenar.Tak sama lagi macam zaman sekolah mahupun matrikulasi.Tak percaya?Rasa la sendiri nanti macam mana…hehehe..Semoga kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang.Mungkin lepas ni lebih berkisar tentang kehidupan kami di sini.Saya harap coretan tentang pengalaman kami di sini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada mereka yang akan memasuki UIA mahupun universiti yang lain satu hari nanti.

This is my journey and might be yours later…:D

10/7/2010

10.00 pm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS