Powered by Blogger.
RSS

Hari ini

Salam 'alaik

Hari ini sudah 25 Ramadhan..Sekejap je kan masa berlalu..Pantas juga masa berlari sampai tak terasa hampir sebulan kita berpuasa...Apa perasaan?Mungkin sedikit sayu memandangkan bulan tarbiyyah ini hampir sampai ke hujung..Tapi bukan bermakna segala latihan yang kita lakukan selama sebulan ini ditinggalkan begitu sahaja walaupun sudah menjengah ke bulan seterusnya..Persoalan sama ada kita akan merasai dan bertemu lagi bulan ini pada tahun hadapan atau tidak juga menambah lagi kesayuan...Maka, mari kita sama-sama menggunakan peluang yang masih berbaki 4 atau 5 hari ini untuk mengejar pahala yang berlipat kali ganda bagi setiap amalan....Tidak lupa juga untuk mengejar malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan...Cuba bayangkan,seribu bulan bersamaan 83 tahun..Beruntungkan kalau dapat malam tersebut...Kita pun belum tentu boleh hidup selama itu...Cuma kita perlu sentiasa betulkan niat bahawa kita beribadah kerana ingin mendapat redha Allah dan bukan kerana malam Lailatul Qadar semata..

Gambar dari Google

Hari ini juga merupakan malam terakhir berterawikh di sini bagi tahun ini...Sebab esok nak BALIK!!!!!Jika dipanjangkan umur insyaAllah berpeluang lagi pada tahun hadapan..Tak sabar nak balik rumah esok setelah 2 bulan tak balik...Lagi-lagi bila sudah selesai kuiz yang begitu menguji kekuatan jiwa, rohani, mental dan segalalah...huhu...Maka saya lebih bersemangat nak balik dan menyediakan diri dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan di rumah...Memandangkan kita sebagai pelajar yang berada di perantauan ni(hahahahahahahah...;p)jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga, mari kita ambil peluang keemasan ini untuk menebus kembali masa yang tak dapat kita luangkan sebelum ini....Gambar dari Google

Akhir kata,bersempena bulan Syawal yang bakal menjelma, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang saya kenali mahupun tidak zahir dan batin...Maaf andai pernah menyinggung mana-mana hati sepanjang mengenali diri ini...Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...Andai tidak dianggap diri ini sebagai sahabat, cukuplah menerima diri ini sebagai saudara seakidah atau manusia yang sama-sama hidup di muka bumi ini...Halalkan segala makan minum dan ilmu yang pernah dicurahkan...Semoga Aidilfitiri serta hari-hari akan datng yang kita semua lalui mendapat berkat serta kegembiraan yang dirahmati Allah....(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 lighted candles:

buntat said...

waahh!! TAK. ACI.

saye 8 hb nati barula nak bertolak balik..sedihnya! tapi japp,saye balik 19 hb ke sini,korang yg balik awal nii,nati balik uia plak,bila? ish..kite ni antara kuliyyah,macam jauhh rasanye..kalau dulu,semuanya sama je kan? rindu zc la plak..

-japp,"perantauan", rai?? haha...agak2,kalau kite amik gambar ramai2 n anta kat berita harian "Salam Perantau" tu,die terima tak? haha

Anonymous said...

ktorg insyaAllah blk 19 gak...heheheh...jgn serang kami!!!!;p...sabo ye,bakal doktor kne b'korban skit...

perantau dr umah...heehehe...try la anta...mne tau kot2 siar gak ke..mmg konfius la smua org..;p

buntat berjanggut nak tunggu balik raya said...

..... saya kecam ini ketidak-adilan..dan favorism antara kuliyyahh!!!...(gurau je,nati kang x pasal2 blog rai ni kene sita..haha)

haih..ape plak,rai? takkanla bkal dr je yg kene berkorban? bukan ke golongan farmasi pun nati termasuk group professional jugak ke nati?pelik..pelik..

-org sure xkan confius punye..kalau kite amik gambar kat kolam tgah halaman KOM atau kat halaman KOS..cayalah..macam kat ovc saye tgok..hehe ..KOP? errr..haha
(lagi satu,rai kan dah handal dalam edit-mengedit photo ni...)

Post a Comment

cot-cet