Powered by Blogger.
RSS

Sterile 2

**************Ini adalah post sambungan...Terima kasih*****************"You"...get ready for battle

Salam 'alaik..

Seperti yang telah dirancang(baca: tertera dalam jadual), kumpulan A terlebih dahulu akan memunculkan diri di hospital tak jauh dari kampus. Memandangkan tahun pertama ni kami ada mengambil subjek Microbiologi, maka lecturer kami membawa kami untuk lihat dengan lebih jelas macam mana proses sterilization berlaku di Centre for Supply and Sterile Unit(CSSU).

Unit ini terbahagi kpd empat bahagian iaitu unit Kotor, Pembungkusan, Sterile dan juga Penyimpanan. Segala perpindahan barang yang berlaku antara unit-unit ini terutama yang pertama dan kedua dilaksanakan dengan sangat minimum bagi mengelakkan pencemaran(baca:contamination) berlaku.

Peralatan-peralatan yang telah digunakan, contohnya alatan bedah akan dihantar ke bahagian Kotor untuk pencucian sebelum dihantar untuk pembungkusan semula. Dalam satu bungkusan kiranya cukup sekali satu set alatan untuk tujuan-tujuan tertentu(untuk bedah atau wad). Lepas dah bungkus, baru dihantar ke bahagian Sterile untuk dinyahkuman(baca:sterile) menggunakan teknik autoclaving(saya tak pasti apa istilah melayunya). Autoclaving ni ialah proses yang paling penting dan mesti dilakukan dalam suhu dan tekanan yang tertentu yang melibatkan penggunaan wap(steam).Jadi, semua bakteria terutama spores dapat dihapuskan supaya bila guna untuk pesakit nanti, tiada jangkitan yang disebabkan oleh hidupan ini. Selain daripada autocalaving, penyahkuman juga boleh dilaksanakan menggunakan gas seperti ethylene oxide, bergantung pada bahan alatan.Oh ya...alatan hanya dikira sebagai 'bebas kuman' selepas proses ini.Selepas selesai semua, barulah akan disimpan di dalam stor sebelum dibekalkan semula mengikut keperluan.
salah satu mesin autoclave jenis steam yg digunakan(credit to my roommate)

Untuk masuk unit selepas unit Kotor, kami semua kena pakai baju khas(rasa macam jadi bluehippo pun ada juga...-.-') dan selipar khas...selipar khas yang kami bawa sendiri dari mahallah...khas sebab dah disinfect(dibersihkan) dengan cara tersendiri dengan menggunakan disinfectant la kan..perlu sebenarnya sebab nak elak kuman dari tempat-yang-selalu-pergi merebak dalam unit itu.Kalau dikenang balik,rasa macam takde kaitan je dengan farmasi..Ya,memang ahli farmasi tidak ditempatkan di bahagian ini bila kerja nanti, tapi tak rugi pun kalau tahu semua ni.Anggap semua ni adalah nilai tambah kepada pengetahuan kita.Bila kerja kat hospital nanti takdelah rasa pelik tengok bungkusan-bungkusan ni, atau mungkin manalah tahu kita boleh tolong staff kat unit ni ke kalau ada masa lapang(yang ni macam tak boleh pakai..hohohoho)....

nota tumit:
1)sebenarnya takde benda pelik pun yang saya buat.cuma mungkin bila apa yang kita buat tu merupakan yang pertama kali bagi orang lain, jadi perkara tu nampak macam unik atau pelik atau apa sahaja istilah yang setaraf.Tapi mungkin pada orang lain, biasa saja..

2)Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk membuat sambungan atas sebab-sebab tertentu.


3)Ada 2 lagi paper tinggal dan dating bersama essay microb akan berlaku dalam masa 3 hari lagi.Doakan kami agar dipermudahkan...:)..Untuk Rx9,bersabar ye...sikit je lagi..;D


4) Selamat berhujung minggu!!!

*terdapat beberapa perubahan yang saya lakukan.maaf atas maklumat yang kurang tepat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet