Powered by Blogger.
RSS

Lafaz yang menjadi permulaan

Salam 'alaik..

Apa khabar?Harapnya sihat-sihat belaka.Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga semester kedua untuk tahun pertama ini bermula.Tapi saya rasa ramai saja yang baru habis cuti kan?Selamat kembali ke kampus dan tidak lupa juga kepada yang bakal menamatkan cuti sekolah...

Minggu lepas pak cik saya baru sahaja selamat dijabkabulkan dan saya juga tumpang gembira bagi pihak nya.Meriah betul.Mana kan tidak,adik-beradik,anak-anak sedara semua datang menggempitakan(woah!!!)rumah nenek.Yang paling best,cucu pun ada meraikan kenduri kahwin atuk sedara...hebatkan!!!hahahahah...Saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka suami isteri...Semoga kebahagiaan dan keberkatan beriiringan sepanjang hidup..

Sejujurnya,saya suka datang kenduri kahwin dan majlis-majlis sebelum upacara nikah(merisik,tunang)...Eyp..jangan fikir bukan-bukan ye..Bagi saya,majlis-majlis sebegitu sangat unik kerana diwarnai adat resam orang melayu yang diwarisi sejak turun temurun.Namun tidak juga dilupai syariat islamiah yang perlu dititik beratkan.Oh..yang menarik lagi satu adalah berpeluang dapat door gift bila pergi bertandang!!!;p

Mari kita berkongsi sesuatu...kalau di melaka,ada perjanjian yang dikenakan bagi pasangan yang bertunang..Kalau pihak lelaki yang minta putus tunang,semua cincin dan hantaran akan hangus..maksudnya pihak perempuan tak perlu pulangkan..tapi kalau pihak perempuan yang minta putus,dia kena pulangkan cincin dan kena bayar balik dua kali ganda!!!!Dahsyat kan?Bergantung juga kepada budi bicara kedua-dua keluarga juga sebenarnya....Masa akak saya tunang dulu pun takde juga aturan sebegini..tapi bila difikirkan balik, ada juga kebaikan dibuat begini...Jadi,mereka akan fikir sehabis-habisnya sebelum buat apa-apa keputusan..

Kalau yang bernikah di Johor, bagusnya sebab ada keluarga sakinah..Bukan keluarga kepada seorang yang bernama Sakinah ye..Begini, sebelum nikah setiap pengantin akan ditanya beberapa soalan seperti kalimah syahadah, rukun nikah, rukun iman, rukun islam dan sebagainya.Tak lupa juga khutbah untuk pengantin(namanya je untuk pengantin tapi sebenarnya peringatan untuk semua).Selepas akad pula akan ada upacara serah-menyerah..Dari bapa kepada suami dan dari ibu untuk anak perempuan...Yang ini sangat lah touching ye..Tapi saya rasa negeri lain pun dah mula masukkan keluarga sakinah dan ini adalah sangat-sangat bagus!!!

Bunyi macam dah ada pengalaman???Ya,sememangnya ada pengalaman menghadiri majlis sebegitu meraikan orang lain..lagipun itukan pengetahuan am...:D..Seperkara lagi kita kena selalu ingat bahawa perkahwinan bukanlah sekadar menghalalkan hubungan antara dua insan tetapi lebih yang sangat-sangat lebih daripada itu...Apabila sahnya lafaz akad,maka secara automatiknya tanggungjawab terhadap isteri terpikul ke atas suami...bukan sahaja memberi nafkah, malah tanggungjawab melindungi,mendidik serta mentarbiah turut melekat sama..KOMBO sekali..Oh,jangan lupa yang nanti akan turut bersama adalah anak-anak yang menjadi amanah untuk dipikul..Nanti baru tahu sama ada langit itu tinggi atau rendah...JADI,bagi yang berhasrat untuk membina masjid,pastikan anda tanya diri terlebih dahulu sama ada anda bersedia untuk itu semua atau sekurang-kurangnya berusaha ke arah sedia itu(ayat saudara Hilal Asyraf).

nota tumit:Mahu dan sedang mencari buku "Maza yakni" dan Men are from Mars,Women are from Venus".Ada sesiapa yang nak bagi??:p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet