Powered by Blogger.
RSS

Kecil tapi mampu membahayakan

Salam 'alaik

Musim tengkujuh sememangnya menjelmakan diri.Sekarang pun, hujan masih tidak henti-henti sejak pagi tadi membuatkan kami terpaksa meredah segala lautan lopak yang ada untuk balik ke mahallah...SEJUUUUUKKK!!!!itu pasti tapi masih juga kipas dipasang..huhuhu..pelik kan?Selalunya waktu-waktu sejuk begini memang menguji kita untuk hibernate yang berpanjangan tapi saya gagahkan juga untuk siapkan laporan makmal saya..Dalam menyiapkan pun sempat jugakan update kt sini...;p

Lab Report dan pelajar jurusan farmasi memang tidak dapat dipisahkan.Kalau dikatakan kami tidak ada praktikal langsung sememangnya mengundang tanda tanya yang sangat panjang seperti ini"?????????????????????" bersama kerutan dahi tanda pelik yang amat.Jadi bagi sesiapa yang ingin menyertai kami, silalah bersiap-sedia.

Farmasi bukanlah satu bidang yang hanya memerlukan pelajarnya tahu tentang cara membuat dan memberi ubat sahaja.Tetapi menyediakan juga pelajar dengan pengetahuan tentang bakteria atau virus yang akan ditentang oleh ubat-ubatan dan bagaimana kesan dan pengaruh terhadap badan manusia. Ibaratnya kita harus tahu siapa musuh kita sebelum memilih senjata yang sesuai untuk menumpaskannya. Maka pengenalan makhluk-makhluk halus (baca:microorganism) ini dipelajari dalam matapelajaran Pharmaceutical Microbiology.

Minggu lepas kami mempelajari teknik-teknik menghidupkan atau lebih dikenali "culture" sejenis bakteria yang sangat tidak asing di dalam usus kita.Saya kenalkan kepada anda Escherichia coli(es-ke-ri-kia-ko-lai) atau E-coli.Jangan risau kerana ia tidak membahayakan kita tetapi memberi manfaat dengan melindungi manusia daripada diserang oleh microorganisma yang berbahaya.Manusia juga tidak lepas daripada memberi manfaat dengan menyediakan "makanan" kepada E-coli ini.Inilah yang dinamakan hubungan mutualism(buat revision sekali...hohohoho). Tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah sekiranya tersesat di bahagian lain dalam badan manusia.Mahu berkenalan lebih lanjut?tekan sini

Seperti yang dikatakan tadi, kami belajar bagaimana untuk menghidupkan bakteria dan kali ini kami gunakan E-coli memandangkan pembiakannya agak cepat.dan yang pasti langkah keselamatan amat dititip beratkan.Siapa sangka kan pelajar farmasi juga akan belajar perkara ini.Semoga perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang apa yang ada dalam bidang ini...Selamat menjalani hari yang ceria!!!:)

Culture-ing bacteria is quite interesting!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

Kelembai Dukm said...

isnt E.coli is one of d factors of food poisonin?

Anonymous said...

haah...kte mle2 dpt e-coli sbg "penjaga" usus pn dr mkanan...kuasa Allah

Post a Comment

cot-cet