Powered by Blogger.
RSS

Permintaan cucu

Salam a'laik

Sudah 2 minggu saya bercuti dan ini bermakna 2 minggu juga saya tinggal di kampung menjadi peneman setia nenek saya..:D..Memandangkan peluang ini saya jarang dapat,maka saya pun mengambil kesempatan untuk minta nenek saya buatkan kuih yang dah lama sangat saya teringin..dulu pernah juga minta buatkan tapi disebabkan tak tahu nama,kuih lain yang terhasil sebab saya punya description lacking..tapi kali ini betul-betul dapat...baru saya tahu namanya kuih cucur(kali ni berjaya sebab improve description..;p)


Bahan-bahan:


1 3/4 cawan tepung beras
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar gula tebu(sekadar memberi warna)
sedikit tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya


Cara-cara:

1.Campurkan tepung beras,tepung gandum,gula dan gula tebu.Gaul dan pastikan gula tebu tak berketul.

2.Masukkan air secukupnya dan kacau(sampai jadi macam yogurt drink).Tambah sedikit garam untuk menambah sedap
(Nenek saya kata kalau tinggalkan adunan ni semalaman sebelum goreng pagi esoknya lagi lembut kuihnya)
3.Panaskan minyak(cukup untuk deep fry dan kena betul-betul panas..)
4.Masukkan sesenduk adunan(adunan lebih kurang saiz tapak tangan bila masukkan dalam kuali) dan goreng sampai perang.Siap!!!

*gula boleh ditambah atau dikurangkan ikut cita rasaGambar dari google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rewind

Salam a'laik

Pejam celik,pejam celik..dah hampir dua tahun saya tinggalkan sekolah menengah.Cepat rasanya masa berlalu.Rasa macam baru semalam abang ipar saya cakap "Selamat menjejak usia 17 tahun" yang agak menyeramkan saya.kenapa?sebab semakin dekat dengan alam universiti...tup-tup dah habis satu semester dah pun kat universiti(walaupun tak berapa tup-tup sangat pun sebenarnya)

Orang kata zaman sekolah nilah banyak tercipta kenangan terutama bagi yang duduk di asrama.Ada yang main kejar-kejar dengan warden la(siap hide and seek lagi), fly tu cerita biasa, kena soal siasat dengan cikgu disiplin lah, melompat atas katil tingkat atas dari bawah bila tahu warden buat round dorm(katil double decker tau),macam-macam lagi...Yang dulunya pahit kini mungkin buat kita tersenyum melebar..

Dua sekolah saya menuntut sepanjang zaman menengah saya.Keluar dari negeri Johor merantau ke Negeri Sembilan bila naik Tingkatan empat.Tiga tahun di Johor meninggalkan terlalu banyak kenangan dengan kawan-kawan dan cikgu.Sambutan hari lahir masa tingkatan satu bertukar jadi berhimpunan bersama ketua warden yang buat perut sekecut-kecutnya..bising punya pasal..hohoho..tapi saya rasa tingkatan tiga merupakan tahun yang sangat manis bagi saya walaupun ada juga salah faham yang berlaku.It wasn't easy to settle it you know..dan alhamdulillah itu mengeratkan lagi persefahaman antara kami bila masing-masing mula menyelami sudut pandangan orang lain..Yang penting kita mesti duduk semeja(kalau duduk kat lantai pun takde masalah) bila sesuatu salah faham timbul dan bukan terus menuding jari kepada orang lain...no "bangau-ing" ok!!!

Berada dua tahun di Labu juga menarik..first time dengar perkataan "bongak" which first i thought it is unproper word..rupa-rupanya loghat orang nogori yang maksudnya "tipu"!!!..sungguh tak patut je fikir macam tu dulu..dan lagi satu kenangan dapat pergi Labuan dengan kumpulan drama(memang tersimpan lamalah dalam kotak memori..:D)...bila dah satu team perempuan,memanglah sangat seronok!!!...dan masa di Labuan nilah saya semakin memahami bahawa kemenangan dalam sesuatu pertandingan tidaklah semahal saat-saat dengan kawan-kawan... yang pasti mengeratkan lagi ukhuwah antara kami dan menghilangkan tekanan..OH!!!Saya rindu team saya dan sir dan teachers...T.T

Masa sememangnya tidak boleh diputar..walau kita pusing balik jarum jam pun nothing will change except jam jela waktu dah tak betul....Those memories actually gave significant meaning not only to me but us all..Dari apa yang berlaku lah kita belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik selain menjadi topik bila jumpa balik dengan kawan-kawan...Walaupun sekarang dah bersepah semua orang,insyaAllah hubungan persahabatan itu tetap akan terhubung..Kita tetap akan merindui masa silam walaupun tak pernah atau jarang menzahirkannya...

What had past,let it be..ambil yang jernih buang yang keruh..kalau ada yang masih di zaman sekolah, hargai setiap saat yang anda ada sebab bila dah keluar you will sure miss it...lagi satu,ambil peluang untuk grab segala apa yang berfaedah supaya tak menyesal bila dah keluar nanti..Bagi yang sekeadaan macam saya(dah habis zaman sekolah menengah), semoga perkara yang lepas menjadi satu landasan bagi kita untuk berada di jalan yang benar dan menjadikan kita orang yang lebih bersyukur...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doctor or Pharmacist??


Salam Aidil Adha buat semua~~
Alhamdulillah sy berkesempatan lg nk 'post' di blog ter'chenta' ni..hehe ;)
so..here goes my rant..harap2 ade yg sudi membaca :)


Hm..sume org mesti ade cita2 sejak dr kecik lg kn?well..for me..i have quite a number of them..seingat sy..mule2 cita2 nak jd doktor (quite common kan dulu..no offence.hehe) pastu nak jd chef la (terpengaruh ngan cite Cina kat TV3 :P ), fashion designer la(but i still hv 'love and interest' for fashion up til now ^_^)..pastu ape lg..nak jd astronomer la(i've said sumthing bout this b4 rite?),lg..ha!biotechnologist la..tp actually x penah tau pon what's exactly biotechnology is all about..huhu...

banyak en?but to be honest..no matter bape kali sy asyik tukar cita2..sy tetap ade tanam angan2 nak jd doktor sbnrnye..dunno why..i've always seen doctor in a different light than other careers..but,it's only when i really REALLY realized that i don't hv the..what u call it?capability?strength?ability?or...is it criteria(?) to be a doctor that i gave up that ambition...sy bukan je tkut tgk darah..tkut tgk organ2 yg merah2 tu..luka besar *shudders*..but the most important part is..i dun think i'm mentally strong to be a doctor..

that's why..when i was in Form 4..i asked my mom's opinion about my ambition..and she suggested being a pharmacist to me..and i accepted her suggestion..besides,i DO love chemistry (though it's not directly or entirely related to pharmacy..but still..) so that's how it all started...but thinking about it now..i'm glad i chose this field..and i'm starting to fall in love with pharmacy..for real..

but deep...deep inside me...feeling of wanting to become a healer or more specifically a doctor is still there..sometimes it's just a very small fraction of feeling..sometimes it's big as if it'd filled up my heart..haha..tp..sy sentiasa ingtkan diri dgn ayat ni "La yukallifullahu nafsan illa wus`aha" ; Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dgn kesanggupannya..so,mknenye..insya Allah..pharmacist ni lah yg terbaik dan padan dgn kemampuan sy..dan bukannye doktor..

bile pikir2 blk..pharmacists are also healers right?not as direct as doctor i suppose..tp still memainkn peranan yg penting..ape yg paling penting ialah..keikhlasan kte..ikhlas nak bantu org..ikhlas nak sembuhkn org(dgn izin Allah semestinye)that's all that matters ;)

actually..what'd sparked me to write this post is..my mom has been sick for the last few days..i think she got some inflammation or like nanah at her thyroid gland..and she just got back from hospital today.. dia kne cucuk kat leher coz doktor nak amek sample of lendir in her thyroid gland i guess..and..she said this to me when i entered her room to ask about nasi empet (utk raye esok!^_^) "Nape la aina tak jd doktor...kalo tak,da bole tgkkn mak punye tekak ni ha..." hm..not saying that i'm blaming my mom or i hate it when she said that..it's just that..what she said made me re-think why i chose pharmacy over medicine...why i chose this path instead of the other...

ok la...da pjg benor da sy mencoteng..i mean mencoret :P
kang tulis pjg2 sgt org da malas nk bace..haha!
once again..Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua! -nk kne gi dapur tlg masak plak-
and...I"M PROUD TO BE A PHARMACIST!!ok...that was random :P
cuti2 ni..maybe sy akan lbih rajin menge'post'...MAYBE...hehe



:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang sayang

Senyum,senyum lebar-lebar...Dah tak betul ke??Eh tak lah..Alhamdulillah masih waras.Cuma rasa seronok sangat awak dah sampai sini.Lama tau tunggu.Bukan sehari dua tapi 9 bulan.Takpe yang penting awak selamat dan sihat.Lepas dua destinasi,akhirnya sampai juga sebelum bergerak ke destinasi lain.

Seyum,senyum lebar-lebar....kenapa lagi ni?Rasa seronok lagi?...(Angguk2)..Mestilah..Dulu dapat tengok awak dari gambar je..Itu pun hitam putih, lepas tu tak la jelas sangat macam sekarang.Dapat rasa awak gerak-gerak.Tak taula mengeliat ke pusing atau buat apa.Tapi sekarang dah boleh dengar suara awak,boleh peluk cium semua.Gambar awak sekarang pun dah boleh buat orang tersenyum.Cuma belum jumpa lagi je ni...

Senyum,senyum lebar-lebar...kali ini apa pula?...Sekarang dah tambah lagi satu pemimpin bila awak datang..Eh,sampai-sampai terus dapat jawatan?pemimipin pula tu...Bukan awak seorang je...semua orang yang sampai sini akan jadi pemimipin sebab memang itu pun tujuannya bila berada di sini.Bukan untuk bersuka-ria semata.Semua orang ada tanggungjawab dan tiada seorang pun yang akan terlepas.Kalau bukan pemimpin kepada orang lain,pemimpin kepada diri sendiri.Tapi lama-lama nanti,InsyaAllah akan jadi pemimpin kepada orang lain juga.Lagi-lagi awak,sebab awak lelaki yang nanti akan menjadi ketua keluarga.

Senyum,senyum lebar-lebar...Sila teruskan..:)..Hati bahagia sebab bila awak sampai sini, awak buat ramai orang bahagia terutama mama dan abah awak.Bukan masa awak sampai je tapi sejak dapat berita yang awak akan ke sini pun dah cukup menggembirakan.Semoga awak menjalani hari-hari awak di sini dengan penuh kebaikan dan menjadi insan yang menyenangkan kedua ibu bapa dan ummah...Jangan lupa,awak orang penting tau..Eh,kenapa pula?ni yang cuak ni..Sebab awak seorang anak,jadi awak merupakan saham yang amat bernilai untuk mama dan abah.Sebab awak, mereka boleh menikmati ganjaran syurga dan kerana awak juga mereka mereka boleh terhumban ke dalam api neraka.Ingat,doa seorang anak yang soleh merupakan satu bonus yang berterusan bila mereka sudah tiada nanti..Dan jangan lupa yang awak juga adalah pewaris yang bertanggungjawab meneruskan syariat Islamiah di sini..Oh,berat juga ya...Jangan risau sebab Dia yang "menghantar" awak ke sini tak akan beri awak tugasan yang tak mampu awak pikul.Termasuk kami semua..:)

Walau apa pun, kami sangat gembira, bersyukur dan segalalah sebab awak dah sampai.I'm looking forward to have days with you.Senyum lebar-lebar lagi sebab awak akan memberi peluang kepada kami terutama mama dan abah awak pengalaman yang tak ternilai dan memberi kami peluang untuk belajar apa erti memberi yang sebenar!!!

.::.SELAMAT DATANG MUHAMAD RA'EES FAKHRI BIN MOHD FITRI.::.
3 NOVEMBER 2010
(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan suruhan sia-sia

Perintah yang diturunkan kepada manusia bukanlah sekadar satu suruhan tetapi terselit seribu satu kelebihan dan keuntungan yang akhirnya kembali kepada kita.

********************************************

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?(Sumber:iluvislam.com)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS