Powered by Blogger.
RSS

Tentang dia

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Tajuk:Rasulullah
Kumpulan:The Zikr


Sejak saya sekolah rendah lagi nasyid ini sudah wujud,tapi isi yang cuba disampaikan tetap ever green.Kenapa ye..........?Sebab mencintai, menyayangi, mencontohi dan menghargai Rasulullah merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan sepanjang masa dalam hidup kita. Sedangkan di saat kematian Baginda, kita tetap diingati, maka kenapa tidak kita?Semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah baginda walau mungkin bermula dari yang paling mudah dan menjadi umatnya yang terpilih untuk menerima syafaat...Salam Maulidur Rasul...^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 lighted candles:

perindu_خلافة said...

kekasih rizQan ni ^_^

Nur Raihanah said...

ohhh...kalo cmtu,maknanya kita share kekasih la ni...u wouldn't mind right????;)

perindu_خلافة said...

^_^ diciptakan baginda sebagai Rahmat Sekalian Alam, kita semua berkongsi

Post a Comment

cot-cet