Powered by Blogger.
RSS

Sebesar cawan atau seluas sungai

Salam 'alaik..

Sekejap sahaja sudah masuk 4 ramadhan..bermakna sudah 4 hari kita berpuasa..Semoga kita akan terus berusaha mengejar ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dgn meningkatkan ibadah..
Tiba-tiba saya teringat satu kisah yg pernah saya baca dlm satu majalah tahun lepas...
......................................................................................................................................
Ada seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung yang selalu bermuram dan mengeluh.Dia selalu gelisah sebab merasakan hidupnya terlalu banyak masalah. Tapi dia pelik sebab ada seorang pak cik tua yang tinggal di kampung sebelah selalu bermanis muka dan hidupnya nampak sentiasa bahagia.Sedangkan dia bukanlah orang yang kaya.Maka, lelaki itu pun ambil keputusan untuk berjumpa dengan pak cik tersebut dan ingin tahu rahsia kebahagiaannya.

Seperti kebiasaan,muka pak cik itu sangat tenang dan tersenyum.Lelaki itu pun bertanya

"Pak cik ni saya tengok bahagia je.Pak cik ni takde masalah langsung ke?"

"Mustahil hidup ni takde masalah ,nak"


"Jadi apa yang buat pak cik dapat hidup sebegini tenang?"


"Cuba anak ni pergi ambil 2 bungkus garam dan satu cawan berisi air dan masukkan satu bungkus garam ke dalamnya.Kemudian rasa air itu."


Lelaki itu berasa sangat hairan dengan apa yang disuruh pak cik itu tetapi dia lakukan sahaja apa yang diminta.

"Masin sangat la air ni pak cik.Sampai tak boleh nak minum."

"Sekarang ikut pak cik ke sungai dan tuang pula lagi satu bungkus ke dalam sungai itu."


Lelaki itu pun mendapati bahawa tiada sebarang perubahan rasa kepada air sunagi tersebut.

"Anak, masalah dan dugaan dalam hidup ini ibarat garam. Terpulang kepada kita bagaimana ingin menerima setiap dugaan yang datang, sama ada ingin menjadikan hati kita ibarat cawan atau sungai. Andai hati kita sebesar cawan, pasti kita akan merasakan setiap cabaran yang menjelma adalah satu bebanan yang sangat menyusahkan kita. Akhirnya, kita tidak akan mampu menghargai kehidupan dengan biasa dan tenang kerana terlalu terkesan dengan masalah. Tetapi sekiranya kita sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang tiba ibarat seluas sungai, insyaAllah kita akan sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Maka kita tidak akan merasa terbeban dan masih mampu tenang walaupun masalah datang menjengah. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah sesekali memberi ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya."

Selepas memahami apa yang dikatakan, barulah lelaki itu mampu tersenyum dan berlapang dada dengan kehidupan yang dialami. Tiada lagi keluh kesah dan kemuraman menghiasi muka.
.........................................................................................................................................
Maka, bersempena dengan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama berlapang dada dan bersyukur kerana dikurniakan satu platform oleh Allah untuk menambahkan pahala dan memperbaiki diri. Ramadhan bukan satu bebanan tapi satu rahmat...(^_^)

p/s: kisah di atas ada sedikit gubahan tapi isi pentingnya tetap sama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet