Powered by Blogger.
RSS

Sudut pandang

Malaysia sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan

Erti kemerdekaan sangat bermakna terutama bagi mereka yang pernah merasai penjajahan

Remaja pula bagaimana?

Di bahu kita tergalas tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan

Endahkah kita dengan erti kemerdekaan yang sebenar?

Kerana kita yang bertanggungjawab mengekalkannya

Adakah kita bersiap sedia bersama iman dan ilmu yang mantap di dada?
errr...errrr..haisyh....(= _ =" )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The first gathering

Salam 'alaik

Semalam batch kami baru sahaja mengadakan iftar jamai'e bersama-sama di kulliyyah kami...Gathering pertama kami selain daripada gathering dalam kelas...huhuh...Seronok sebab dapat makan ramai-ramai,solat sama-sama dan yang pasti kemas bersama....ohohohoho...Yang penting tujuan utama adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami...(^_^)..Jadi,takdelah bila jumpa keluar ayat,"Eh,dia ni budak farmasi jugak ke?Tak perasan pun."

Berikut adalah gambar-gambar sebelum dan ketika kejadian...Selepas kejadian tiada ye...:DPenguasa jalan atau menguasai jalan?o_OLagi sorang...hehehehSebelum berbuka...:DAlhamdulillah...(^_^)Ni sukuan je ni...hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan pilih yang menyakitkan

Salam 'alaik

Apa khabar?sihat?Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-18...Agak sibuk kebelakangan ini dgn dua midsem dan beberapa kuiz yg memunculkan diri.Cepat kan masa berlalu?Sedar-sedar dah separuh semester kami harungi dan sudah lebih separuh bulan kita berpuasa.

Rasanya ingin sekali berkongsi satu tazkirah yang sempat kami hadiri.Berkenaan dengan hati. Hati merupakan salah satu organ yang amat penting sehingga digambarkan, sekiranya rosak hati itu maka rosaklah seluruh anggota.Takde siapa pun yang akan tahu apa yang terlintas dalam hati kita melainkan kalau diberitahu, kecuali Allah.Andai yang muncul baik-baik belaka,alhamdulillah.Tetapi bagaimana kalau sebaliknya?

Mari kita sama-sama renung kembali....Dalam seminggu ini sahaja,ada tak kita rasa geram atau menyampah atau mungkin dendam dekat sesiapa di sekeliling kita?Kalau ada,adakah perasaan itu menambahkan ketenangan atau meresahkan hati kita?

Secara lazimnya,pasti ramai yang merasakan bahawa perasaan itu merupakan sesuatu yang agak menyakitkan. Jadi, mengapa kita pilih untuk merasai kesakitan itu?Penat tak kita tanggung rasa sakit tu?Kenapa kita tak pilih jalan lain yang diberi kepada kita yang boleh membawa ketenangan dan kebahagiaan? Bukan ke husnuzzon(bersangka baik) atau memaafkan lebih baik?

Teringat akan satu kisah Rasulullah di mana ada seorang perempuan tua yang sering membaling sesuatu(saya tak ingat sama ada batu atau najis atau benda lain) kepada baginda setiap kali melintasi perempuan tersebut. Namun, Baginda tidak pernah memarahi perempuan tersebut walau banyak kali diperlakukan seperti itu.Sehingga satu hari baginda berasa pelik kerana perempuan itu tiada di laluan baginda seperti kebiasaan.Apabila diketahui bahawa perempuan itu jatuh sakit, maka Rasulullah terus datang menziarahi perempuan tua itu tanpa ada perasaan dendam mahupun benci.

Hebat kan?Saya pun tak tahu la boleh ke tak jadi sebegitu pemaaf seperti Rasulullah.Tapi kita boleh cuba kan?...(^_^)..Siapa yang nak menyakitkan diri sendiri kan?Jadi...jom kita sama-sama belajar menjadi orang yang pemaaf dan berlapang dada sentiasa... Api jika dibiarkan berlarutan hanya akan mewujudkan permusuhan dan akhirnya memakan diri sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebesar cawan atau seluas sungai

Salam 'alaik..

Sekejap sahaja sudah masuk 4 ramadhan..bermakna sudah 4 hari kita berpuasa..Semoga kita akan terus berusaha mengejar ganjaran pahala yg berlipat kali ganda dgn meningkatkan ibadah..
Tiba-tiba saya teringat satu kisah yg pernah saya baca dlm satu majalah tahun lepas...
......................................................................................................................................
Ada seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung yang selalu bermuram dan mengeluh.Dia selalu gelisah sebab merasakan hidupnya terlalu banyak masalah. Tapi dia pelik sebab ada seorang pak cik tua yang tinggal di kampung sebelah selalu bermanis muka dan hidupnya nampak sentiasa bahagia.Sedangkan dia bukanlah orang yang kaya.Maka, lelaki itu pun ambil keputusan untuk berjumpa dengan pak cik tersebut dan ingin tahu rahsia kebahagiaannya.

Seperti kebiasaan,muka pak cik itu sangat tenang dan tersenyum.Lelaki itu pun bertanya

"Pak cik ni saya tengok bahagia je.Pak cik ni takde masalah langsung ke?"

"Mustahil hidup ni takde masalah ,nak"


"Jadi apa yang buat pak cik dapat hidup sebegini tenang?"


"Cuba anak ni pergi ambil 2 bungkus garam dan satu cawan berisi air dan masukkan satu bungkus garam ke dalamnya.Kemudian rasa air itu."


Lelaki itu berasa sangat hairan dengan apa yang disuruh pak cik itu tetapi dia lakukan sahaja apa yang diminta.

"Masin sangat la air ni pak cik.Sampai tak boleh nak minum."

"Sekarang ikut pak cik ke sungai dan tuang pula lagi satu bungkus ke dalam sungai itu."


Lelaki itu pun mendapati bahawa tiada sebarang perubahan rasa kepada air sunagi tersebut.

"Anak, masalah dan dugaan dalam hidup ini ibarat garam. Terpulang kepada kita bagaimana ingin menerima setiap dugaan yang datang, sama ada ingin menjadikan hati kita ibarat cawan atau sungai. Andai hati kita sebesar cawan, pasti kita akan merasakan setiap cabaran yang menjelma adalah satu bebanan yang sangat menyusahkan kita. Akhirnya, kita tidak akan mampu menghargai kehidupan dengan biasa dan tenang kerana terlalu terkesan dengan masalah. Tetapi sekiranya kita sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang tiba ibarat seluas sungai, insyaAllah kita akan sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Maka kita tidak akan merasa terbeban dan masih mampu tenang walaupun masalah datang menjengah. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah sesekali memberi ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya."

Selepas memahami apa yang dikatakan, barulah lelaki itu mampu tersenyum dan berlapang dada dengan kehidupan yang dialami. Tiada lagi keluh kesah dan kemuraman menghiasi muka.
.........................................................................................................................................
Maka, bersempena dengan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama berlapang dada dan bersyukur kerana dikurniakan satu platform oleh Allah untuk menambahkan pahala dan memperbaiki diri. Ramadhan bukan satu bebanan tapi satu rahmat...(^_^)

p/s: kisah di atas ada sedikit gubahan tapi isi pentingnya tetap sama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Internal

Terbang sang burung terbang
Kulihat dikau bebas meneroka alam

Terbang sang burung terbang

Namun ku tak tahu apa yg dikau rasakan

Terbang sang burung terbang

Bawalah bersama segala kekuatan
Agar kau teguh hadapi kesukarangambar dari google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS