Powered by Blogger.
RSS

Si kecil "angry bird"

Salam 'alaik..

Apa khabar semua?semoga sihat dan di bawah rahmat-Nya selalu..dah lama sebenarnya tajuk post ni berada dalam draft tapi isi nye je yang tak muncul-muncul..secara asasnya, post ni bukanlah bertujuan untuk bercerita tentang "angry bird" junior...tapi sebenarnya merujuk kepada seorang budak perempuan yang berbaju "angry bird" yang menarik perhatian bukan sahaja saya tapi juga beberapa sahabat saya yang lain semasa menyertai Baktisiswa pada bulan Mac yang lepas..

Si kecil ni saya jumpa di masjid dalam waktu zohor dan umurnya saya anggarkan lima tahun...apa yang buat saya kagum ialah:

1)si kecil ni masuk bilik wudhu' tak lama lepas saya dan mestilah sebab dia nak berwudhu' kan..jadi,saya pandang-pandang juga lah cara dia wudhu' memandangkan dia sebelah saya je..hebat!!!dalam usia yang muda sebegitu,saya boleh katakan caranya sgt baik dan memang macam dah biasalah...mesti mak dia ajar dari awal lagi(ni sangkaan saya lah..kalau tak takkan boleh tau kot)..

2)masuk-masuk dalam masjid nampak dia nak sedia untuk solat.saya pun cari lah maknya kot-kot ada..tapi takde!!!dan si kecil tu tetap solat walaupun maknya tiada di situ..

                                                                       ******

Didikan sejak kecil

Sebenarnya apa yang nak saya sentuh kat sini ialah tentang didikan anak terhadap ilmu agama sejak kecil..bukan hanya teori tapi juga pelaksanaaannya..contohnya tentang solat;Rasulullah sendiri berpesan agar menyuruh anak untuk solat seawal usia 7 tahun, dan pukullah sekiranya anak tidak solat pada usia 10 tahun..tapi kenapa dari usia muda macam tu???

Pepatah melayu ada mengatakan: "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...pembinaan peribadi haruslah bermula sejak kecil kerana pada usia yang muda ini,kita lebih mudah mendengar kata dan menerima sesuatu berbanding ketika sudah berusia...bila meningkat remaja, pembentukan akan menjadi sedikit mencabar kerana pada usia ini manusia akan mula memberontak dan hanya mahu mengikut keiinginan sendiri..Jadi,berhati-hati dengan apa yang kita ajarkan pada anak-anak kecil kerana khuatir kita secara tidak sengaja menanamkan sifat negatif dalam diri mereka..

Tidak salah sekiranya kita biasakan anak-anak kecil untuk bersama kita ketika solat walaupun hanya meletakkan dia di sebelah..mudah-mudahan bila besar nanti,akan mudah baginya untuk melaksanakannya kerana ia sudah sebati dalam diri...InsyaAllah

Bermulanya daripada kita

Jangan terkejut kalau ada yang menyatakan bahawa sikap anak-anak akan mengikut sikap ibu bapanya...Sejujurnya saya setuju berdasarkan apa yang saya lihat dan apa yang dengar daripada mereka yang hidup lebih lama daripada saya..Maka dengan itu,berhati-hatilah dengan apa yang kita jadi hari ini agar tidak memberi kesan buruk pada generasi akan datang..fikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara agar kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu disebabkan buruknya akhlak kita..

saya tak nak jadi wanita yang menjadi punca seorang ayah derhaka kepada anaknya..huhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

kak baiti said...

=)

Anonymous said...

kak bie?senyum je?

Post a Comment

cot-cet