Powered by Blogger.
RSS

2 cara.....2 hasil

Salam 'alaik

Seminggu yang penuh sememangnya menguji apatah lagi dengan kuiz yang perlu ditempuh untuk tiga hari berturut-turut.Satu nikmat bila semuanya telah selesai termasuklah Pharmily Day(Family Day bagi Kuliyyah of Pharmacy) kelmarin.Oh,minggu ni pun ada kuiz juga lah!!!!hohoho....Mari kita(saya...;p) tinggalkan seketika pasal kuiz dan berkongsi serba sedikit "pembedahan" sebuah buku yang disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman yang akhirnya menjerat(ahahahaha...;p) hati saya untuk pergi ke bengkel esoknya...
Sememangnya pengambilan untuk pengaplikasian ilmu pengetahuan daripada mereka yang bukan beragama Islam bukanlah satu kesalahan yang mungkin disalah anggap oleh kita.Buktinya,Rasulullah sendiri menerima seorang lelaki bukan Islam sebagai penunjuk arah ketika penghijrahan Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar.Sultan Muhammad Al-Fatih juga tidak keberatan mengupah lelaki yang bernama Urban bagi membina meriam yang akan digunakan bagi menakluk semula kota Constantinopale.dan kita juga sendiri ada mengambil beberapa teori yang ditemui oleh saintis-saintis Barat seperti teori graviti oleh Sir Isaac Newton.

Buku yang dimaksudkan ialah "7 Habits of Highly Effective People" oleh Stephen R.Covey dan bagaimana nilai-nilai itu diaplikasikan dalam kehidupan terutama sebagai mukmin...Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 7 habits itu.......

::Be Proactive::

Mulakan sesuatu dengan diri kita dalam melakukan gerak kerja atau perubahan.Belajar untuk tidak selalu menuding jari ke arah orang lain.Andai kita berada dalam keadaan marah sekali pun,redakan dahulu sebelum melancarkan peluru berpandu kepada orang lain.Kerana setiap respon yang kita berikan dalam sesuatu keadaan akan mempengaruhi hubungan kita akan datang.Tidak salah menegur tetapi perlulah dalam keadaan yang rasional dan waras dan bukan atas dasar emosi.


::Begin with the end in mind::

Bayangkan hasil kepada sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan dan rasakan auranya.Sebagai contoh,kita bayangkan kita sedang menikmati waffle ais-krim yang sangat lazat.Pasti kita akan berusaha sedaya upaya untuk bergegas ke kafe untuk membelinya
bukan??;p...Pasti kita akan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa sahaja!!! ::Put first thing first::

Berbeza orang berbeza gayanya..maka setiap orang perlukan layanan atau pendekatan yang berlainan untuk diselami...Pelajar sastera tak sesuai lah kalau disuruh melukis pelan rumah ..Dan ini sangatlah penting dalam menembusi jiwa seseorang dalam berdakwah.


::Think win-win::

Pastikan setiap apa yang kita lakukan memberi manfaat kepada kita juga orang sekeliling....Amalkan mutualism dan bukan parasitism..


::
Seek first to understand,then to be understood::

Berusaha menjadi pendengar yang baik dan bukan pendengar yang memilih...


::Synergize::

Memandang orang lain sebagai yang melengkapi diri kita dan bukan memandang rendah...Setiap orang punya kelebihan tersendiri..

::Sharpen the saw::

Adakalanya kita perlu berhenti seketika dan nilai kembali apa yang telah dilakukan..Adakah pekerjaan yang kita lakukan itu cukup berkesan..andai tidak,cari jalan untuk memperbaiki kesilapan....


Semua ciri-ciri ini hanyalah satu hasil kajian yang telah dilaksanakan.Sebenarnya ciri-ciri ini telah sekian lama ditonjolkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan contoh terbaik kepada manusia.Mungkin agak sukar bagi kita untuk berubah dalam sekelip mata namun tidak salah andai kita cuba secara berperingkat kerana semua ini penting bagi memastikan urusan kita dengan orang sekeliling berjalan dengan baik.Walau orang baling batu kepada kita sekali pun,biarlah kita membalasnya dengan buah yang lazat..tetapi andai mercun bola kita balas,maka tidak mustahil perang dunia ketiga akan meletus..PILIHLAH...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet