Powered by Blogger.
RSS

Transform!

57:16

[57:16] Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berapakah umur kita skrg?
18?20?21?atau lebih muda?lebih tua?
Pernahkah kita terfikir untuk berubah untuk menjadi lebih baik dr segi akhlaq,penampilan,ibadah,study atau sbgnya tetapi..kita merasakan bahawa masanya belum tiba..atau kita masih belum bersedia..atau kita merasakan masih mempunyai byk masa...
Fikirkan kembali...
Ayat kat atas tu terang2an menegur kita..direct and straightforward..Allah bertanyakan kpd kita..belum tibakah masanya utk kita betul2 tunduk kpd perintahNya?belum sampai lg ke masa utk kita khusyuk dalam melaksanakan ibadah kita?perlu ke kita menunggu lg beberapa tahun utk mula berubah?
Tidak..semestinya tidak...kerana apa?kerana saya bimbang,kalo kita menangguhkannya..hati kita akan menjadi lebih keras..lebih hitam..lebih susah utk menerima dan melakukan kebaikan...dan apa yg lebih kita takutkan ialah..ajal akan dtg menjemput kita dulu sebelum sempat kita mengenali dan mendekatkan diri kpd Pencipta..
Mmg diakui..nak membuat pembaikan pd diri kita,tak kira la dr segi apa pun,mmg sgt payah..tp kalo kita tak ambil langkah pertama dr skrang..bila la kita boleh nk smpai kpd keredhaanNya kan?^_^
Wallahua'lam...

"Selangkah kuambil utk mendekatiMu, seribu langkah Kau datang kepadaku"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renung sejenak

Kejayaan sebenar adalah bila mana kita dapat melakukan sesuatu yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri sendiri malah turut dikongsi dan dirasai
oleh orang lain



Apa kata anda?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 cara.....2 hasil

Salam 'alaik

Seminggu yang penuh sememangnya menguji apatah lagi dengan kuiz yang perlu ditempuh untuk tiga hari berturut-turut.Satu nikmat bila semuanya telah selesai termasuklah Pharmily Day(Family Day bagi Kuliyyah of Pharmacy) kelmarin.Oh,minggu ni pun ada kuiz juga lah!!!!hohoho....Mari kita(saya...;p) tinggalkan seketika pasal kuiz dan berkongsi serba sedikit "pembedahan" sebuah buku yang disampaikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman yang akhirnya menjerat(ahahahaha...;p) hati saya untuk pergi ke bengkel esoknya...
Sememangnya pengambilan untuk pengaplikasian ilmu pengetahuan daripada mereka yang bukan beragama Islam bukanlah satu kesalahan yang mungkin disalah anggap oleh kita.Buktinya,Rasulullah sendiri menerima seorang lelaki bukan Islam sebagai penunjuk arah ketika penghijrahan Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar.Sultan Muhammad Al-Fatih juga tidak keberatan mengupah lelaki yang bernama Urban bagi membina meriam yang akan digunakan bagi menakluk semula kota Constantinopale.dan kita juga sendiri ada mengambil beberapa teori yang ditemui oleh saintis-saintis Barat seperti teori graviti oleh Sir Isaac Newton.

Buku yang dimaksudkan ialah "7 Habits of Highly Effective People" oleh Stephen R.Covey dan bagaimana nilai-nilai itu diaplikasikan dalam kehidupan terutama sebagai mukmin...Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 7 habits itu.......

::Be Proactive::

Mulakan sesuatu dengan diri kita dalam melakukan gerak kerja atau perubahan.Belajar untuk tidak selalu menuding jari ke arah orang lain.Andai kita berada dalam keadaan marah sekali pun,redakan dahulu sebelum melancarkan peluru berpandu kepada orang lain.Kerana setiap respon yang kita berikan dalam sesuatu keadaan akan mempengaruhi hubungan kita akan datang.Tidak salah menegur tetapi perlulah dalam keadaan yang rasional dan waras dan bukan atas dasar emosi.


::Begin with the end in mind::

Bayangkan hasil kepada sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan dan rasakan auranya.Sebagai contoh,kita bayangkan kita sedang menikmati waffle ais-krim yang sangat lazat.Pasti kita akan berusaha sedaya upaya untuk bergegas ke kafe untuk membelinya
bukan??;p...Pasti kita akan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa sahaja!!! ::Put first thing first::

Berbeza orang berbeza gayanya..maka setiap orang perlukan layanan atau pendekatan yang berlainan untuk diselami...Pelajar sastera tak sesuai lah kalau disuruh melukis pelan rumah ..Dan ini sangatlah penting dalam menembusi jiwa seseorang dalam berdakwah.


::Think win-win::

Pastikan setiap apa yang kita lakukan memberi manfaat kepada kita juga orang sekeliling....Amalkan mutualism dan bukan parasitism..


::
Seek first to understand,then to be understood::

Berusaha menjadi pendengar yang baik dan bukan pendengar yang memilih...


::Synergize::

Memandang orang lain sebagai yang melengkapi diri kita dan bukan memandang rendah...Setiap orang punya kelebihan tersendiri..

::Sharpen the saw::

Adakalanya kita perlu berhenti seketika dan nilai kembali apa yang telah dilakukan..Adakah pekerjaan yang kita lakukan itu cukup berkesan..andai tidak,cari jalan untuk memperbaiki kesilapan....


Semua ciri-ciri ini hanyalah satu hasil kajian yang telah dilaksanakan.Sebenarnya ciri-ciri ini telah sekian lama ditonjolkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan contoh terbaik kepada manusia.Mungkin agak sukar bagi kita untuk berubah dalam sekelip mata namun tidak salah andai kita cuba secara berperingkat kerana semua ini penting bagi memastikan urusan kita dengan orang sekeliling berjalan dengan baik.Walau orang baling batu kepada kita sekali pun,biarlah kita membalasnya dengan buah yang lazat..tetapi andai mercun bola kita balas,maka tidak mustahil perang dunia ketiga akan meletus..PILIHLAH...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur..

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things.


credits to:
http://www3.pmo.gov

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

....

If you want other people to tolerate with you,
do it in the right way..
People have mind to consider to who should be given away...
And another thing..
It's public and not yours...

p/s:A reminder for myself

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS