Powered by Blogger.
RSS

Satu petang..

Ada kala kita menanti pelangi
buat penghibur diri yang duka
namun kilat datang menyambar
guruh pula menggamit deria

Ada kala kita menanti bunga
kembangnya ia disinar suria
namun yang ada cumalah duri
bila disentuh penyebab luka

Ada kala kita menanti senyuman
buat penawar diri yang rindu
namun yang ada hanyalah keluhan
menambah resah pendam di kalbu

Namun kita tidak sedar
atau mungkin mudah terlupa

Pelangi itu sungguh istimewa 
Datangnya ia tepat waktunya
Kilat dan guruh satu ujian
supaya kita lebih menghargai
bila datangnya sang pelangi

Duri yang mencucuk janganlah dihina
walaupun luka sungguh berbisa
Lihatlah keindahan disebaliknya
yang menjadi satria buat isinya

Manusia itu saling melengkapi
didiklah diri erti memberi
janganlah pula merasa rugi
kerana senyuman yg selama ini kita nanti
satu hari akan kita perolehi
 
27/4/2012
5:23 pm



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana Dia sangat tahu tentang kita


Credits:Doodle Dakwah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si kecil "angry bird"

Salam 'alaik..

Apa khabar semua?semoga sihat dan di bawah rahmat-Nya selalu..dah lama sebenarnya tajuk post ni berada dalam draft tapi isi nye je yang tak muncul-muncul..secara asasnya, post ni bukanlah bertujuan untuk bercerita tentang "angry bird" junior...tapi sebenarnya merujuk kepada seorang budak perempuan yang berbaju "angry bird" yang menarik perhatian bukan sahaja saya tapi juga beberapa sahabat saya yang lain semasa menyertai Baktisiswa pada bulan Mac yang lepas..

Si kecil ni saya jumpa di masjid dalam waktu zohor dan umurnya saya anggarkan lima tahun...apa yang buat saya kagum ialah:

1)si kecil ni masuk bilik wudhu' tak lama lepas saya dan mestilah sebab dia nak berwudhu' kan..jadi,saya pandang-pandang juga lah cara dia wudhu' memandangkan dia sebelah saya je..hebat!!!dalam usia yang muda sebegitu,saya boleh katakan caranya sgt baik dan memang macam dah biasalah...mesti mak dia ajar dari awal lagi(ni sangkaan saya lah..kalau tak takkan boleh tau kot)..

2)masuk-masuk dalam masjid nampak dia nak sedia untuk solat.saya pun cari lah maknya kot-kot ada..tapi takde!!!dan si kecil tu tetap solat walaupun maknya tiada di situ..

                                                                       ******

Didikan sejak kecil

Sebenarnya apa yang nak saya sentuh kat sini ialah tentang didikan anak terhadap ilmu agama sejak kecil..bukan hanya teori tapi juga pelaksanaaannya..contohnya tentang solat;Rasulullah sendiri berpesan agar menyuruh anak untuk solat seawal usia 7 tahun, dan pukullah sekiranya anak tidak solat pada usia 10 tahun..tapi kenapa dari usia muda macam tu???

Pepatah melayu ada mengatakan: "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...pembinaan peribadi haruslah bermula sejak kecil kerana pada usia yang muda ini,kita lebih mudah mendengar kata dan menerima sesuatu berbanding ketika sudah berusia...bila meningkat remaja, pembentukan akan menjadi sedikit mencabar kerana pada usia ini manusia akan mula memberontak dan hanya mahu mengikut keiinginan sendiri..Jadi,berhati-hati dengan apa yang kita ajarkan pada anak-anak kecil kerana khuatir kita secara tidak sengaja menanamkan sifat negatif dalam diri mereka..

Tidak salah sekiranya kita biasakan anak-anak kecil untuk bersama kita ketika solat walaupun hanya meletakkan dia di sebelah..mudah-mudahan bila besar nanti,akan mudah baginya untuk melaksanakannya kerana ia sudah sebati dalam diri...InsyaAllah

Bermulanya daripada kita

Jangan terkejut kalau ada yang menyatakan bahawa sikap anak-anak akan mengikut sikap ibu bapanya...Sejujurnya saya setuju berdasarkan apa yang saya lihat dan apa yang dengar daripada mereka yang hidup lebih lama daripada saya..Maka dengan itu,berhati-hatilah dengan apa yang kita jadi hari ini agar tidak memberi kesan buruk pada generasi akan datang..fikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara agar kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu disebabkan buruknya akhlak kita..

saya tak nak jadi wanita yang menjadi punca seorang ayah derhaka kepada anaknya..huhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Polymorphism of Rezeki

Polymorphism (from what i've learnt in D.D.*) = the ability of a drug substance (solid crystalline) to exist in more than one form.Or to put it in simple words, the ability of something to be in more than one form.


So..what do i mean with polymorphism of rezeki?rezeki pon ade polymorhs ke? :D
from what i understand and believe..yes..
Rezeki tu ada berbagai bentuk dan rupa..sampaikan kadang2 kita tak sedar sesuatu benda tu sebenarnya rezeki yg Allah Taala kurniakan kat kita.


Kita selalu beranggapan rezeki tu apa yg kita makan, wang ringgit,harta benda, anak2, rumah dan yg sewaktu dengannya..tapi sebenarnye skop rezeki tu lagi luas. setiap apa yg kita tengah nikmati, baik yg kita sedar atau tak adalah rezeki..
Ilmu itu adalah rezeki, dapat hidayah dan kemampuan untuk beribadah adalah rezeki..nikmat kesihatan dan kelapangan adalah rezeki...


What's more important is that, kita wajib percaya yg memberi rezeki hanyalah Allah SWT sahaja. Manusia selalu takut untuk memberi sbb takut apa yg ada pada dia akan berkurang..padahal,akan bertambah lg sebenarnya, dek kerana pahala dan jugak keberkatan darinya. Bak kata tuan imam dlm column "Beduk Diketuk" (majalah Solusi) ; rezeki yg berkat tu, walaupun sikit,still mencukupi and kalau banyak,boleh diagih-agihkan..One more thing, manusia ni jugak takut atau kedekut untuk spend masa untuk benda2 kebaikan cthnye mcm dengar ceramah, solat jemaah kat masjid, pegi majlis2 ilmu, etc. Alasannya...masa tu nak digunakan untuk study, kerja dan hal2 duniawi yg lain..We have to remember that,yg menciptakan masa adalah Allah SWT, yg Tuan Punya masa adalah Allah SWT, yg memberikan kita nikmat masa adalah Allah SWT..so,kalo kita gunakan masa tu untuk jalan Allah..insya Allah, Allah akan "tambahkan" masa untuk kita..camne plak tu? :D dgn cara, keberkatan masa tu sendiri la..^_^


Kesimpulannya, rezeki tu ada dlm pelbagai bentuk..dan sebenarnya, terlalu byk rezeki yg Allah Taala dah limpahkan kpd kita,cuma kita je yg tak brape nak sedar. Jadi, jom sama2 mensyukuri rezeki dan nikmat yg Allah berikan! :) 


*p.s: DD = Dosage Design

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS