Powered by Blogger.
RSS

Selamat datang sayang

Senyum,senyum lebar-lebar...Dah tak betul ke??Eh tak lah..Alhamdulillah masih waras.Cuma rasa seronok sangat awak dah sampai sini.Lama tau tunggu.Bukan sehari dua tapi 9 bulan.Takpe yang penting awak selamat dan sihat.Lepas dua destinasi,akhirnya sampai juga sebelum bergerak ke destinasi lain.

Seyum,senyum lebar-lebar....kenapa lagi ni?Rasa seronok lagi?...(Angguk2)..Mestilah..Dulu dapat tengok awak dari gambar je..Itu pun hitam putih, lepas tu tak la jelas sangat macam sekarang.Dapat rasa awak gerak-gerak.Tak taula mengeliat ke pusing atau buat apa.Tapi sekarang dah boleh dengar suara awak,boleh peluk cium semua.Gambar awak sekarang pun dah boleh buat orang tersenyum.Cuma belum jumpa lagi je ni...

Senyum,senyum lebar-lebar...kali ini apa pula?...Sekarang dah tambah lagi satu pemimpin bila awak datang..Eh,sampai-sampai terus dapat jawatan?pemimipin pula tu...Bukan awak seorang je...semua orang yang sampai sini akan jadi pemimipin sebab memang itu pun tujuannya bila berada di sini.Bukan untuk bersuka-ria semata.Semua orang ada tanggungjawab dan tiada seorang pun yang akan terlepas.Kalau bukan pemimpin kepada orang lain,pemimpin kepada diri sendiri.Tapi lama-lama nanti,InsyaAllah akan jadi pemimpin kepada orang lain juga.Lagi-lagi awak,sebab awak lelaki yang nanti akan menjadi ketua keluarga.

Senyum,senyum lebar-lebar...Sila teruskan..:)..Hati bahagia sebab bila awak sampai sini, awak buat ramai orang bahagia terutama mama dan abah awak.Bukan masa awak sampai je tapi sejak dapat berita yang awak akan ke sini pun dah cukup menggembirakan.Semoga awak menjalani hari-hari awak di sini dengan penuh kebaikan dan menjadi insan yang menyenangkan kedua ibu bapa dan ummah...Jangan lupa,awak orang penting tau..Eh,kenapa pula?ni yang cuak ni..Sebab awak seorang anak,jadi awak merupakan saham yang amat bernilai untuk mama dan abah.Sebab awak, mereka boleh menikmati ganjaran syurga dan kerana awak juga mereka mereka boleh terhumban ke dalam api neraka.Ingat,doa seorang anak yang soleh merupakan satu bonus yang berterusan bila mereka sudah tiada nanti..Dan jangan lupa yang awak juga adalah pewaris yang bertanggungjawab meneruskan syariat Islamiah di sini..Oh,berat juga ya...Jangan risau sebab Dia yang "menghantar" awak ke sini tak akan beri awak tugasan yang tak mampu awak pikul.Termasuk kami semua..:)

Walau apa pun, kami sangat gembira, bersyukur dan segalalah sebab awak dah sampai.I'm looking forward to have days with you.Senyum lebar-lebar lagi sebab awak akan memberi peluang kepada kami terutama mama dan abah awak pengalaman yang tak ternilai dan memberi kami peluang untuk belajar apa erti memberi yang sebenar!!!

.::.SELAMAT DATANG MUHAMAD RA'EES FAKHRI BIN MOHD FITRI.::.
3 NOVEMBER 2010
(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 lighted candles:

Kelembai Dukm said...

post la gmbr satu... nk tgk jugak...

buntat said...

anak sedare awak ke rai?

teringin nak tgok ra'ees..
(memandai pendekken name die..hehe)

Anonymous said...

baiklah...sy sudah upload gambonya..:))))))

buntat:yup..my very first nephew..:DDD..mmg panggil dia ra'ees pn stakat ni..:)(see..i couldn't stop smiling)

buntat said...

alolo dik ra'ees...!!!

buatkan saye rase bersemangat nak amik perbidanan..

mesti rai skng ni asyik main ngan die je kan??maklumla..cuti panjanggg tuuu..

nati balik uia suruh kuarga awak anta,rai,then bawa ra'ees sekali.boleh saye pegang die jugak.hehe
-tenang nampak ra'ees tido.tanpa perlu fikir any prob at all.jeleess~~~"mak, nak jadi baby balik bolehh?!!"

Anonymous said...

bgus buntat...rmaikan muslimah yg amek O&G..tp blum jumpa dia ag laa...br dpt dgr suara je sbb rai x g kl ag..

buntat said...

suara??

raiii...

Anonymous said...

xd lah dgr suara die b'ckp..(=.=")..dgr dia mnangis je..huhu..

miza said...

sooo cute lyk his aunt :)

Post a Comment

cot-cet