Powered by Blogger.
RSS

Hari penuh makna

Salam 'alaik

Apa khabar?Lama tak berjumpa kan walau hanya di alam maya..Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat-sahabat yang bergelumang dalam dunia medic kerana akhirnya tamat blok pertama....huhuhuh.....Yang lain sila tunggu giliran anda bercuti bulan November ye..habiskan final exam dulu(saya termasuk sekali la tu..T.T)

Baiklah..mari kita berbalik kepada perkara yang berkaitan..alhamdulillah setelah 2 bulan(lebih kurang la) persediaan untuk IKOD 2010,akhirnya selesai juga pada 8-10 Oktober yang lepas.Nilah event pertama yang saya terlibat dalam semester pertama untuk tahun pertama ni.NHPCE tu ada juga tapi seminggu terakhir baru terlibat....heheheh....Bagi saya penglibatan dalam aktiviti macam ni banyak kelebihan...antaranya boleh kenal ramai orang...kalau hari biasa tu boleh saja kenal tapi setakat kenal muka je rasanya...huhuh....bila ada event macam ni baru la boleh kenal luas sikit......seronok sebab ukhuwah baru terjalin dan bila jumpa pun boleh la borak lebih..:D....lagi dapat belajar banyak benda baru juga....daripada tak tahu jadi tahu dan daripada tak pernah jadi pernah...tapi saya rasa banyak juga yang saya tertinggal sebab saya balik hari sabtu tu..huhu..walau apa pun, saya rasa IKOD10 memang memberi sesuatu kepada saya...

Jadi..saya pun nak bagi sesuatu pada anda yang membaca..maaf bukan hadiah tapi beberapa gambar semasa Majlis Pembukaan yang saya rasa agak menarik...(^_^)














Persembahan yang ni adalah kawat senyap(kalau tak silap) yang dibawa khas dari Gombak.Unit uniform apa saya tak pasti.UIA Gombak memang agak banyak persatuan dan unit beruniform berbanding Kuantan.Saya tak tahu kenapa tapi mungkin sebab kampus Kuantan masih baru kalau dibandingkan dengan Gombak.Sampai tiga sekali gambar saya letak sebab memang agak teruja juga masa tengok ni.Lagi-lagi bila dilambung-lambung senapang tu..fuhhhh..Kalau saya agaknya dah benjol kot kepala orang depan bila saya lambung senapang tu.Tapi mesti yang ni pun entah berapa bulan kan berlatih..;p


Yang gambar sebelah ni pula ialah persembahan dikir barat dari UIA Kuantan sendiri.Menarik juga sampai tergelak-gelak orang dibuatnya.Masa tu ada la tiga pusingan dikir baratnya.Yang pertama boleh faham lagi sebab pakai loghat standard.Masuk pusingan kedua ketiga,berkerut dahi dibuatnya.Guna loghat kelantan,DOP PEHE DOH...huhuhu(entah betul ke tak tu..)..Tanya orang sebelah,tak faham juga,tanya orang sebelah lagi satu,geleng kepala..maka beberapa perkataan saja yang dapat difahami..Tapi mesej mereka tetap sampai..:D



Pemandangan khemah sebelah dari khemah yang kami duduk...Terima kasih kepada mereka yang sudi datang untuk memeriahkan lagi majlis ini..










Bagi saya,ini adalah antara kenangan manis yang saya boleh simpan dalam kotak memori.Pengalaman yang memberi ruang kepada saya mengenali manusia yang punya pelbagai cara dan rupa.Memahami bahawa sesuatu itu perlu aturan dan bukan sembarangan.Tiada yang sia-sia walau keletihan terpaksa dihadapi kerana ganjaran yang menanti sangat bererti...Saya masih ada tujuh lagi semester di sini untuk mengejar segala macam perjalanan.Panjang lagi kan?..huhu..Walau apapun selamat berjuang kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester.Semoga dipermudahkan segala urusan...(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lighted candles:

mengantuk said...

Rai..
-its fairla..korang boleh ennjooyyy IKOD korang, dan kami dapat cuti..(tu pun lepas penat berjihad..takut result.doakan kami ya,rai?)

-aik? tak paham ape bhs dikir barat,tapi msj sampai?? how come??

-ala..saye nak gambo capoieraa!! raiii!!! awak tau dak..sebab exam punye pasal..saye terpakse berkorban..tak penah ade rezeki nak tgok performance live....

T.T

Anonymous said...

cmne msg bole smpai ea?disebabkan boleh phm sikit2 so kte ambil mksud scare mnyeluruh..bole x?:D

gambo capoiera xd la buntat sbb kite dh blk tyme tu..sorry ye..huhuhu..T.T

Post a Comment

cot-cet