Powered by Blogger.
RSS

Jangan pilih yang menyakitkan

Salam 'alaik

Apa khabar?sihat?Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-18...Agak sibuk kebelakangan ini dgn dua midsem dan beberapa kuiz yg memunculkan diri.Cepat kan masa berlalu?Sedar-sedar dah separuh semester kami harungi dan sudah lebih separuh bulan kita berpuasa.

Rasanya ingin sekali berkongsi satu tazkirah yang sempat kami hadiri.Berkenaan dengan hati. Hati merupakan salah satu organ yang amat penting sehingga digambarkan, sekiranya rosak hati itu maka rosaklah seluruh anggota.Takde siapa pun yang akan tahu apa yang terlintas dalam hati kita melainkan kalau diberitahu, kecuali Allah.Andai yang muncul baik-baik belaka,alhamdulillah.Tetapi bagaimana kalau sebaliknya?

Mari kita sama-sama renung kembali....Dalam seminggu ini sahaja,ada tak kita rasa geram atau menyampah atau mungkin dendam dekat sesiapa di sekeliling kita?Kalau ada,adakah perasaan itu menambahkan ketenangan atau meresahkan hati kita?

Secara lazimnya,pasti ramai yang merasakan bahawa perasaan itu merupakan sesuatu yang agak menyakitkan. Jadi, mengapa kita pilih untuk merasai kesakitan itu?Penat tak kita tanggung rasa sakit tu?Kenapa kita tak pilih jalan lain yang diberi kepada kita yang boleh membawa ketenangan dan kebahagiaan? Bukan ke husnuzzon(bersangka baik) atau memaafkan lebih baik?

Teringat akan satu kisah Rasulullah di mana ada seorang perempuan tua yang sering membaling sesuatu(saya tak ingat sama ada batu atau najis atau benda lain) kepada baginda setiap kali melintasi perempuan tersebut. Namun, Baginda tidak pernah memarahi perempuan tersebut walau banyak kali diperlakukan seperti itu.Sehingga satu hari baginda berasa pelik kerana perempuan itu tiada di laluan baginda seperti kebiasaan.Apabila diketahui bahawa perempuan itu jatuh sakit, maka Rasulullah terus datang menziarahi perempuan tua itu tanpa ada perasaan dendam mahupun benci.

Hebat kan?Saya pun tak tahu la boleh ke tak jadi sebegitu pemaaf seperti Rasulullah.Tapi kita boleh cuba kan?...(^_^)..Siapa yang nak menyakitkan diri sendiri kan?Jadi...jom kita sama-sama belajar menjadi orang yang pemaaf dan berlapang dada sentiasa... Api jika dibiarkan berlarutan hanya akan mewujudkan permusuhan dan akhirnya memakan diri sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet