Powered by Blogger.
RSS

Kreatifnya orang dulu-dulu

Orang dulu-dulu memang sangat kreatif.Kenapa saya cakap macam ni?Dulu bukannya ada lagi peti ais macam sekarang.Boleh simpan makanan untuk tempoh yang agak lama.Jadi penyelesaiannya,mereka tukarkan makanan yang tak tahan lama kepada satu bentuk makanan yang lain.Contohnya,durian kepada tempoyak,udang kepada cencalok atau belacan,ikan kepada keropok,pisang kepada kek pisang.Semua ni akhirnya diturunkan dari generasi ke generasi sampai sekarang.(kalau tak,tak merasa lah kita semua tu)

Sekarang,jom kita berkongsi satu resepi yang mungkin telah wujud lama dulu,cuma kaedahnya dimodenkan sedikit.Resepi apa?Sila rujuk yang telah di'bold'kan di atas...:D

Bahan-bahan A:

9 biji pisang monyet(pisang jenis lain pun boleh,kuantiti ikut saiz pisang)
5 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak masak


Bahan-bahan B:

1 penutup esen vanilla
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

1.'Blend'kan semua bahan A dalam blender sampai semua lumat(sepatutnya kene lenyek pisang tu tapi ni lagi senang.Kalau nak buat secara manual pun boleh).
2.Masukkan bahan-bahan yang selamat di'blend' dalam mangkuk adunan.Masukkan esen vanilla dan soda bikarbonat.Kacau.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
4.Tuangkan adunan dalam tray pembakar.
5.Bakar dalam ketuhar untuk 45 minit(kalau tak masak lagi,tambah lagi 15 minit) pada 180 degree.(sebelum bakar panaskan ketuhar dulu sekejap)
6.Bila dah masak,keluarkan dari ketuhar dan boleh MAKAN!!!

Selamat mencuba...:D

Gambar dari google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 lighted candles:

`Aina AHS said...

kek pisang!!i like!!hmm..resipi nmpk cam senang..i mean simple la..bole la kte try..hehe~:)

Anonymous said...

yesss!!!finally aina ad hasrat nk baking..;p

`Aina AHS said...

Rai!!kte da berjaye wat kek pisang tu!but i can't give full mark to myself..ade cam hangus skit kat tepi2..hehe..tp overall,ok kot:D~xpe2..i'll practice more!

Anonymous said...

waaaaa....tahniah2...lpas ni boleh try resepi lain plak..:D

Post a Comment

cot-cet