Powered by Blogger.
RSS

..urug irah tamales..

Salam a'laik

Hari ini merupakan hari yg secara rasminya menghargai guru-guru di seluruh Malaysia.Tapi ini bukan bermaksud pada hari yg lain mereka ini tidak perlu dihargai.Semua tahu bahawa golongan ini banyak memberi jasa dan bakti kepada masyarakat termasuklah kita.Kalau tidak bermakna anda tidak bersekolah(kejam bunyinya kan...huhu)...o_0..Sepanjang hampir 19 tahun hidup di muka bumi ni, tempat-tempat pendidikan inilah yang menemukan saya dgn insan-insan yg bergelar guru

Tadika Gertak Merah,Johor Bahru
Sek.Keb.(P) Jln Yahya Awal,Johor Bahru
SMK Agama Johor Bahru
SM Agama Persekutuan LAbu,Negeri Sembilan
CFS IIUM(tenaga pengajarnya biasa saya panggil lecturer..;D)

Walaupun saya hanya mampu cakap terima kasih,tapi saya tahu bahawa ucapan itu tidak akan pernah setanding dengan apa yg mereka telah berikan kepada kita.Maka marilah kita sama-sama mengingati mereka dalam doa setelah ibu bapa semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dan kesihatan yang baik.Jangan lupa juga untuk sentiasa menghormati mereka agar segala ilmu yang kita perolehi mendapat berkat.

TERIMA KASIH CIKGU.......................

p/s:sila baca tajuk secara songsang...:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 lighted candles:

Post a Comment

cot-cet